Tarikh keputusan SPMU 2023 SPM Ulangan keluar 12 Oktober 2023

Semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan (SPMU) pada tahun 2023 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPMU masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Ogos atau September 2023. Untuk pengetahuan, SPMU merupakan peluang kedua kepada pelajar yang pernah gagal SPM pertama kali. Pihak KPM memberi peluang kedua kerana SPM merupakan syarat minimum untuk diterima masuk ke alam pekerjaan di Malaysia selain dari syarat minimum kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTS) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Kebiasaannya keputusan SPMU akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Ogos atau September pada setiap tahun. Hal ini bergantung kepada pengumuman rasmi kerana tarikh sebenar adalah berbeza bagi setiap tahun.

Semakan Keputusan SPMU 2023 Secara Online Dan SMS Pada Tarikh Rasmi

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan SPMU iaitu secara SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan keputusan peperiksaan SPMU 2023 bagi calon yang terbabit akan dimaklumkan melalui pos atau calon-calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan SPMU 2023.

Tarikh Keputusan SPMU 2023 Diumumkan

Tarikh Buka : 12 Oktober 2023 (Khamis)

Waktu : 10:00 pagi

Tarikh Tutup : 18 Oktober 2023 (Rabu)

Waktu : 6:00 petang

Tarikh yang tepat (rasmi) dinyatakan selepas pengumuman daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM).

Cara Semakan Keputusan SPMU 2023 Secara Online

Perkhidmatan sistem aplikasi bagi semakan keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2023 secara dalam talian (online) ada disediakan. Calon-calon boleh membuat semakan di pautan URL berikut

Cara Semakan Keputusan SPMU 2023 Secara SMS

Semakan keputusan SPMU 2023 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.

  • Taip: SPMU (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
  • Contoh: SPMU 990527035321 WY008A040 sms ke 15888

Pertanyaan Keputusan SPM 2023

Info

Calon yang mempunyai masalah internet dan sebagainya boleh mendapatkan keputusan masing-masing dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.