Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Terdapat lima rukun islam yang wajib ditaati oleh setiap umat islam. Antaranya merupakan menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekkah bagi mereka yang berkemampuan. Di Malaysia, Tabung Haji (TH) adalah badan yang dilantik oleh kerajaan untuk menguruskan para jemaah haji bermula daripada sebelum berlepas ke tanah suci hingga tamat menunaikan ibadah. Tabung haji juga memberikan kursus berkaitan hukum hakam dan pelaksanaan ibadah haji sebelum para jemaah menunaikan ibadah haji.
Kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci adalah Kursus Asas Haji (KAH). Ianya diadakan bermula dari bulan Rabiul Awwal sehingga Jamadil Akhir pada setiap tahun di mana kursus akan diadakan pada setiap hujung minggu iaitu 2 jam bagi setiap siri untuk jumlah keselruhan sebanyak 17 siri. KAH diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negeri/ daerah dengan kerjasama antara Tabung Haji dan jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan Ibadat Haji, Kesihatan dan Pengurusan Haji di Tanah Air dan Tanah Suci.
Peserta kursus tidak dihadkan kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.
Untuk pengetahuan tenaga pengajar yang dilantik untuk memberikan kursus kepada peserta merupakan orang yang kompeten dan telah diluluskan oleh JAKIM untuk mengajar. Kursus akan dilakukan di setiap negeri di seluruh Malaysia. Penyertaan pula tidak terhad kepada peserta yang mendapat panggilan menunaikan ibadah haji tahun itu sahaja tetapi terbuka kepada siapa-siapa yang berminat untuk mempelajari cara-cara menunaikan ibadah haji. Peserta juga dibekalkan dengan buku panduan yang diterbitkan oleh Tabung Haji.
Usaha yang dilakukan ini amat baik bagi melahirkan jemaah haji yang berilmu. Ia juga dapat membantu jemaah untuk lebih fokus dalam menunaikan ibadah. Setiap tahun, jemaah Malaysia mendapat pujian daripada kerajaan Arab Saudi kerana para jemaah Malaysia dilihat sangat berdisiplin ketika menunaikan ibadah di tanah suci. Ini menunjukkan kesan positif daripada kursus asas haji yang dijalankan oleh Tabung haji sedikit sebanyak membantu melancarkan perjalanan ibadah para jemaah.
KURSUS ASAS HAJI (KAH) 2021M/ 1442H JADUAL TARIKH DAN LOKASI DI SELURUH NEGERI DI MALAYSIA
Berikut dikongsikan info tentang kursus asas haji dan juga jadual kursus asas haji di seluruh Malaysia sebagai perkongsian kepada bakal-bakal jemaah haji. Turut dikongsikan kursus-kursus haji yang lain:
Apa itu Kursus Asas Haji (KAH) | Merupakan kursus haji peringkat pertama sebelum ke tanah suci | |
Tempoh kursus | 4 bulan 1 minggu | |
Tarikh | Bermula dari bulan Rabiul Akhir hingga Rejab |
JADUAL KURSUS ASAS HAJI (KAH) 2020 | ||
MAKLUMAT LANJUT |
Jika anda mempunyai masalah dan sebarang pertanyaan lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Tabung Haji: |