Tarikh keputusan semester 1 STPM 2023 keluar bulan Mei 2023

Semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Semester 1 (S1) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2023 boleh mendapatkan pernyataan keputusan STPM Semester 1 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Mei 2023.

Setiap tahun, keputusan peperiksaan Semester 1 (S1) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam bulan Februari, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan Semester 1 STPM akan diumumkan keluar pada bulan Mei.

Semakan Keputusan Semester 1 STPM 2023 Secara Online Dan SMS Pada Tarikh Rasmi

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan STPM Semester 1 iaitu secara dalam talian (online) dan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan Semester 1 (S1) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Tarikh Keputusan STPM S1 2023 Diumumkan

TARIKH : 24 Mei 2023

WAKTU : 10:00 pagi

Tarikh yang tepat (rasmi) selepas pengumuman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) .

Cara Semakan Keputusan STPM 2023 Semester 1 Secara Online

Semakan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 1 (S1) secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila klik pada judul pautan di bawah.

Keputusan Peperiksaan Semester 1 (S1) STPM 2023 – Check Online

Sistem aplikasi bagi semakan keputusan STPM Semester 1 2023 hanya dibuka bermula pada tarikh keputusan yang akan diumumkan nanti.

Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.

Cara Semakan Keputusan STPM 2023 Semester 1 Secara Sms

Semakan keputusan Semester 1 STPM 2023 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format teks mesej penghantaran seperti berikut.

Taip: STPM (jarak) RESULTS1 (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888

Contoh: STPM RESULTS1 990527035321 SMS ke 15888

keputusan stpm ulangan semester dan keputusan stpm semester