Semakan keputusan rayuan kemasukan Matrikulasi sesi 2023-2024

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini berpeluang untuk membuat rayuan untuk kemasukan ke kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Kolej Matrikulasi merupakan program persediaan ke peringkat ijazah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Terdapat dua program yang disediakan iaitu program satu tahun dan program dua tahun. Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM yang cukup syarat dan berminat, digalakkan membuat permohonan kerana ambilan adalah terhad.

Setiap tahun bahagian ambilan pelajar akan mengumumkan ambilan untuk pelajar yang berminat menyertai kolej Matrikulasi. Bagi pelajar yang gagal mendapatkan tempat ketika permohonan pertama, anda boleh membuat rayuan jika anda berminat. Rayuan boleh dilakukan secara atas talian atau menghantar surat rasmi kepada Bahagian Matrikulasi. Pemohon perlu sertakan surat rasmi bersama dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan.

Kolej Matrikulasi kini telah banyak dibina di seluruh Malaysia bagi menampung permintaan pelajar yang saban tahun semakin ramai ingin melanjutkan pengajian dalam program ini. Bagi menjaga imej dan reputasi program Matrikulasi, KPM telah menaik taraf sistem pendidikan di kolej-kolej Matrikulasi serta menambah baik kemudahan yang sedia ada bagi memudahkan pelajar mendapatkan suasana yang kondusif sepanjang pengajian.

Cara Semak Keputusan Rayuan Matrikulasi 2023/2024

Berikut dikongsikan kepada anda tarikh serta cara membuat semakan rayuan Matrikulasi 2032/2024. Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan rayuan. Semua info-info tersebut boleh didapati di bawah:

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi (Ambilan kedua)

Dibuka : 14 Julai 2023

Ditutup :

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi (Ambilan ketiga)

Dibuka : 21 Julai 2023

Ditutup :

Tarikh rasmi untuk membuat semakan rayuan Matrikulasi akan dihebahkan oleh KPM. Sila semak portal rasmi KPM bagi mengelakan sebarang kesulitan

Sistem Aplikasi Semakan Rayuan Matrikulasi

Sistem hanya akan dibuka mengikut tarikh rasmi yang akan ditetapkan. Sila klik pautan berikut untuk membuat semakan

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi Melalui Sms

  • Bagi memudahkan pemohon, semakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan SMS. Berikut dikongsikan cara membuat semakan menggunakan SMS:
  • Taipkan: MOE (Jarak) MAT (Jarak) NO. KP Hantar ke: 15888

Permohonan Rayuan Yang Berjaya

Permohonan rayuan yang berjaya ditawarkan ke Matrikulasi dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti berikut. Lengkapkan dokumen tersebut dan bawa bersama ketika hari pendaftaran.

  1. Surat tawaran
  2. Maklumat peribadi pelajar
  3. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  4. Panduan pendaftaran pelajar
  5. Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
  6. Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke alamat dan no telefon berikut:

Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
No Telefon: 03-8884 4083
No Faks: 03-8884 4028
E-mel: mohon.matrik@moe.gov.my

Info Berkaitan