Panduan puasa sunat Hari Arafah dan Tarikh Berpuasa Di Malaysia

Hari Arafah merujuk kepada hari di mana umat islam yang sedang menunaikan ibadah haji melakukan salah satu daripada rukun haji iaitu wukuf di Arafah. Hari Arafah jatuh pada 9 zulhijjah dan jemaah haji akan berkumpul di padang arafah dan mendengar khutbah sebelum menunaikan solat zohor dan asar. Di samping itu, jemaah akan banyakkan berzikir berdoa kerana doa amat mustajab ketika itu. Para jemaah akan berada di Arafah sehingga terbenam matahari.

Nama arafah diambil bersenpena dengan nama sebuah bukit yang terletak sekitar kawasan Mekkah, Bukit Arafah. Diriwayatkan Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa telah bertemu di Arafah setelah diturunkan ke bumi. Nabi Adam dan isterinya Hawa telah terpisah selama 40 tahun dan akhirnya bertemu kembali di gunung arafah. Bertahun mereka mohon keampunan akhirnya Allah terima permohonan mereka.

Bagi umat islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, disunatkan untuk kita berpuasa pada hari tersebut seperti yang telah diriwayatkan dalam hadis Puasa hari Arafah, ku mengharap agar Allah SWT mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya,” – Riwayat Muslim.

Lafaz Niat Puasa Arafah Dan Tarikh

Bagi memudahkan umat islam, berikut dikongsikan lafaz niat puasa arafah, tarikh dan lain-lain info berguna untuk panduan kita semua:

Tarikh Puasa Arafah

Hijrah : 9 Zulhijjah 1445

Masihi : 16 Jun 2024

Selain berpuasa, umat islam amat digalakkan untuk berdoa dan berzikir kerana ia merupakan waktu yang mustajab. Berikut antara fadhilat puasa arafah:

Mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah

Menghapuskan dosa setahun lalu dan setahun akan datang

Persoalan

Puasa Hari Arafah Ikut Tarikh Di Mekah (Arab Saudi) Atau Malaysia?

Menurut pendapat umum ulama, sebaiknya berpuasa sunat Arafah mengikut tarikh 9 Zulhijjah di Malaysia

Bacaan Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Tiada niat yang khusus untuk berpuasa di hari arafah ini. Namun berikut dikongsikan antara niat yang boleh digunakan untuk berpuasa di hari arafah:

  1. Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Ta’ala
  2. Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala