Cara buat rayuan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2024

Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) merupakan salah sebuah institut pendidikan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memberi fokus kepada pendidikan berteraskan kemahiran. Sejak 2013, KPM telah menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional kepada KV seperti yang kita tahu sekarang. Sebanyak 15 buah sekolah yang dipilih untuk menjadi  perintis kepada proses penaik tarafan ini.

Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke KV atau SMT boleh menggunakan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang rasmi KPM setelah permohonan dibuka dan disiarkan di akhbar-akhbar terpilih. Sekiranya anda gagal mendapat tawaran kemasukan, permohonan rayuan boleh dilakukan dan dihantar dengan cara walk-in ke institusi yang dipohon.

Rayuan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga KV atau SMT. Perlu diingat pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan yang di institusi tersebut. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon kelak. Sila pastikan dokumen-dokumen yang diminta disertakan ketika menghantar borang permohonan.

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Kolej Vokasional (KV) Dan SMT 2023

Berikut dikongsikan langkah-langkah dalam membuat rayuan kemasukan ke KV dan SMT berserta contoh surat rayuan dan senarai dokumen yang diperlukan untuk Tahun 2023. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tarikh Permohonan Rayuan

Dibuka : 24 Mac 2023

Ditutup : 10 April 2023

(akan dikemaskini)

Tarikh Permohonan Rayuan Aliran Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

 

 

 

Dibuka : 5 Februari 2021

Ditutup : 19 Februari 2021

(akan dikemaskini) merupakan tarikh pendaftaran murid untuk aliran PAV

Cara Membuat Rayuan Kemasukan Ke KV Dan SMT

Berikut adalah cara membuat rayuan yang sama seperti pada tahun sebelumnya. Rayuan hanya dibuat dengan cara walk-in ke institusi yang ingin dipohon. Pemohon perlu membawa beberapa dokumen seperti di bawah:

  • Borang walk-in/rayuan
  • Salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan
  • Salinan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) tahun 2021 (Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga)
  • Surat rayuan KV dan SMT. Contoh surat rayuan seperti di bawah:

Nama Pemohon/ Pelajar

Alamat Surat Menyurat

Pengetua Kolej Vokasional/ Sekolah Menengah Teknik (Sila nyatakan nama KV/SMT)
Alamat Lengkap KV/ SMT yang dipohon

Tarikh

Tuan/ Puan,

PER : Permohonan Rayuan Kemasukan Ke (Nama Kolej Vokasional)/ (Nama Sekolah Menengah Teknik) Sesi Kemasukan 2020 Tingkatan Empat (4)

Merujuk kepada perkara di atas, saya (nama pemohon) ingin membuat permohonan rayuan kepada pihak Tuan/ Puan agar dapat mempertimbangkan semula permohonan kemasukan saya ke Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik seperti yang tertera di atas untuk kemasukan ke tingkatan 4 ambilan tahun 2020

2. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, dalam keputusan Peperiksaan PT3 Tahun 2019 yang lepas, saya telah mendapat keputusan peperiksaan yang amat memberangsangkan. Saya telah memperoleh (nyatakan score yang pemohon peroleh). Bersama dengan surat ini, saya kepilkan juga sijil keputusan PT3 saya terdahulu. Saya juga terlibat secara aktif dalam aktiviti kokorikulum yang dianjurkan di sekolah. Turut disertakan sijil-sijil aktiviti saya sepanjang di sekolah lama saya sebagai rujukan Tuan/Puan.

3. Berikut adalah butir-butir permohonan rayuan saya:-

Nama Pemohon : (Nama pelajar)
Sekolah : (Nama sekolah dahulu)
No Kad Pengenalan : _________________
Angka Giliran Peperiksaan : ____________________

4. Bersama-sama dengan surat rayuan ini, saya sertakan dokumen yang diperlukan iaitu Borang Walk-in, Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk rujukan pihak Tuan/ Puan5. Saya berharap agar pihak Tuan/ Puan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya dalam memasuki Kolej/ sekolah Tuan/ Puan. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/ Puan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih

.…………………………………………
Tandatangan
(NAMA PENUH PELAJAR)

Pertanyaan

Kemasukan untuk pelajar rayuan tertakluk pada kekosongan yang ada di institusi yang dipohon. Sebarang pertanyaan boleh rujuk di alamat berikut:

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

  • Hubungi di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094