Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2024 Online

Sekolah kawalan merupakan sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk memantapkan kecergasan dan prestasi pelajar yang baik ke tahap yang lebih baik. KPM berhasrat untuk menaik taraf pendidikan Malaysia setara dengan negara maju seperti Jepun. Pengambilan pelajar ke sekolah-sekolah kawalan ini bermula daripada tingkatan 1 iaitu selepas keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan. Ibu bapa dan pelajar yang berminat boleh mendaftar pelajar lepasan UPSR untuk menjadi pelajar di sekolah kawalan.

Sekolah kawalan telah diwujudkan diseluruh negeri di Malaysia bagi merialisasikan matlamat KPM. Tahun-tahun yang sudah, permohonan pelajar tingkatan 1 ke sekolah kawalan boleh dilakukan secara online. Namun pada tahun ini, aplikasi tersebut tidak lagi dibuka untuk permohonan. Permohonan hendaklah dibuat secara manual dengan mendapatkan borang daripada sekolah rendah atau boleh didapatkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Semakan bagi mereka yang sudah membuat permohonan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang Jabatan Pendidikan Negeri. Kemasukan ke sekolah kawalan adalah tertakluk kepada kekosongan yang ada di sekolah tersebut. Jika pemohon hendak membuat rayuan boleh diajukan ke sekolah tersebut atau ke pihak Jabatan Pendidikan Negeri.

Semakan Sekolah Kawalan Ambilan Tahun 2024 (SMKA SABK SRK RKN KAA)

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan untuk permohonan kemasukan ke sekolah kawalan serta beberapa info penting berkaitan sekolah kawalan:

Jenis Sekolah Kawalan

Berikut merupakan jenis sekolah kawalan di bawah seliaan KPM. Penempatan pelajar tingkatan 1 adalah di bawah pihak pengurusan sekolah kawalan itu sendiri

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  • Sekolah Kawalan / Sekolah Rancangan Khas (SRK) / Sekolah Elit / Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
  • Kelas Kawalan / Kelas Premier
  • Kelas Rancangan Khas (KRK) / Rancangan Khas Daerah (RKD) / Sekolah Premier
  • Kelas Aliran Agama (KAA)

Semakan Kemasukan Ke Sekolah Kawalan Mengikut Negeri

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh ajukan ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing dengan memuat turun lampiran di bawah: