Permohonan KV Dan SMT 2024 Online (Kolej Vokasional/ Sek Teknik)

Bagi sesebuah negara maju, kerajaan perlu untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada rakyatnya bagi memastikan negara dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pakar dalam bidang-bidang tertentu. Oleh itu, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia. Sekolah-sekolah ini dibina bertujuan untuk memberikan pendidikan yang berasaskan kemahiran kepada pelajar. Baru-baru ini, kerajaan telah menaik taraf sistem dan pendidikan di KV dan SMT. Fokus kerajaan sekarang lebih cenderung untuk memajukan sekolah berkemahiran kerana sedar akan tuntuan majikan yang mahu graduan yang kompeten untuk diserap ke industri.

Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak bagi menaik taraf KV dan SMT di seluruh Malaysia. Banyak pembaharuan telah dilakukan di mana kemudahan dan keselesaan pelajar diberi perhatian serius oleh pihak KPM. Antara kemudahan yang disediakan adalah kemudahan tempat belajar, bengkel dan perpustakaan setidak-tidaknya telah dibaik pulih untuk keselesaan pelajar. KPM berpandangan jika kemudahan asas di KV dan SMT di tahap yang terbaik secara tidak langsung akan melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti.

Oleh itu, bagi mereka yang berminat dan ingin menjadi sebahagian daripada warga KV atau SMT anda boleh membuat permohonan kemasukan. Murid lepasan tingkatan tiga boleh memohon mana-mana program yang berminat dan berkelayakan berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Perlu diingatkan pelajar yang berminat perlu membuat semakan kelayakan kemasukan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan anda. Jika anda berminat dan layak, anda digalakkan untuk membuat permohonan dengan cara yang telah ditetapkan.

Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Online Ambilan Tahun 2024

Berikut kami kongsikan cara-cara membuat permohonan kemasukan ke KV dan SMT untuk ambilan tahun 2024 bagi memudahkan para pemohon. Permohonan ditawarkan kepada lepasan tingkatan tiga (3) bagi ambilan Mac boleh dilakukan secara online bagi memudahkan anda. Terdapat juga beberapa info lain yang berguna untuk pemohon seperti maklumat di bawah:

KV Dan SMT & Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Dibuka : 1 Ogos 2023

Ditutup : 17 September 2023

Tarikh berikut adalah Rasmi seperti pengumuman dari Portal Rasmi KPM

Permohonan boleh dibuat di pautan di atas yang akan diaktifkan pada tarikh seperti dinyatakan
Maklumat yang dikongsikan di bawah adalah berdasarkan permohonan ambilan 2022 dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Maklumat Program KV Dan SMT
  1. Program KV dan SMT – Murid Lepasan Tingkatan 3 yang sepatutnya menduduki PBS / PAV :
    • i. Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV / ILKA / ILKS
    • ii. Sekolah Menengah Teknik (SPM)
    • iii. Program Kemahiran/Apprenticeship di KV/WISDEC/GIATMARA
  2. Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan 1 – Murid Lepasan Tahun 6 2022

Cara Membuat Permohonan KV Dan SMT

Permohonon kemasukan program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan 2024 adalah percuma bermaksud pelajar tidak perlu membuat pembelian nombor pin.

Permohonan perlu dibuat mengikut aliran murid atau pelajar Tingkatan 3 tahun 2024 melalui sistem aplikasi permohonan online.

Pemohon perlu menduduki pentaksiran berpusat yang telah ditetapkan oleh KPM bagi setiap permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus iaitu Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional

Pentaksiran merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%) dan Kecerdasan Intelektual (70%) secara dalam talian serta Artikulasi Penulisan (10%) secara bertulis. Maklumat berkaitan pentaksiran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan Sistem Aplikasi dalam talian eSPTV, Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan KV dan SMT dan cara untuk membuat permohonan:

  • Pastikan permohonan dibuat berdasarkan aliran murid tingkatan 3 2023
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda
  • Sekiranya anda tidak dapat mengakses borang permohonan online, sila kemas kini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan maklumkan kepada pihak sekolah
  • Pemohon boleh dapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang terdapat pada Info Kemasukan

Syarat Am Kelayakan Permohonan KV Dan SMT 2024

Berikut merupakan syarat am kelayakan permohonan kemasukan ke KV dan SMT:

  • Warganegara Malaysia
  • Bersekolah Tingkatan Tiga 3 di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2023
  • Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  • Menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
  • Menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran AktivitiJasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Sihat tubuh badan
  • Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  • TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
  • Berminat dengan program dipohon.

Kategori Aliran Murid

Pelajar Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) – Aliran PAV

  • Pelajar telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV

Syarat Umum Dan Syarat Khusus Program Kemahiran Di Kolej Vokasional / ILKA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Tiada masalah mental
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Mestilah murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga
  • Tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
  • Pelajar berminat dengan program dipohon
  • Tidak rabun warna atau buta warna
  • Untuk calon yang memohon ke GIATMARA, calon mestilah berstatus Bumiputera

Pelajar Lepasan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama

Pelajar yang menduduki Pentaksiran Berasakan Sekolah PBS merangkumi 4 komponen iaitu:

Pelajar Yang Bersekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM

Bagi Pelajar yang bersekolah di Sekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM, sila lihat carta aliran dan langkah permohonan di bawah:

Tarikh Penting Kemasukan Ke KV Dan SMT 2024

TarikhPerkara
1 Ogos – 17 September 2023Sistem aplikasi permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) akan dibuka dan ditutup. Tarikh RASMI
25 September – 13 Oktober 2023 (Ting. 4)

25 September – 27 Oktober 2023 (Ting. 4)

Semakan Pusat Pentaksiran
2 – 13 Oktober 2023 (Ting. 4)

16 – 27 Oktober 2023 (Ting. 1)

Pelaksanaan Pentaksiran
Akan DikemaskiniSesi Temu Bual dan Pemilihan
1 Mac 2023Pemohon boleh membuat semakan keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT). Bagi murid Aliran Perdana, semakan tawaran bagi pemohon online di laman sesawang KPM· Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat
18 Mac 2023Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS (Aliran Perdana)
Akan DikemaskiniRayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2023 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC
18 Mac 2023Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV (Aliran PAV)
Akan DikemaskiniRayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2023 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC

Maklumat Lanjut

  • Walk-in / rayuan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid
  • Sebarang info lain yang berkaitan dengan KV dan SMT boleh hubungi serta layari pautan di bawah:

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV)

Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Hubungi 03-80008000 atau (u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

Related : menduduki pentaksiran berasaskan sekolah, untuk makluman, calon sihat tubuh badan,