Semakan Slip e-Penyata Gaji Online Dan Laporan (JANM)

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Maklumat Penyata gaji bulanan/ tahunan merupakan satu dokumen yang amat penting buat mereka yang sudah bekerja. Ia akan digunakan dalam urusan rasmi untuk membuat pinjaman rumah, kereta, cukai pendapatan, pendidikan dan sebagainya. Ianya adalah sebagai bukti pendapatan individu sepanjang tempoh ia bekerja untuk setiap bulan. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah melaksanakan sistem e-penyata gaji yang boleh disemak secara online.

Ianya merupakan satu bentuk kemudahan untuk kakitangan awam membuat semakan gaji beserta memuat turun penyata gaji bulanan mereka dengan mudah dan pantas. Paling penting ia boleh diakses secara percuma.

Untuk pengetahuan semua, sistem epenyata gaji dan laporan kakitangan kerajaan hanya akan menyimpan maklumat penyata bulanan gaji untuk tempoh 18 bulan dan penyata tahunan gaji akan disimpan untuk tempoh 7 tahun terkini sahaja. Selepas daripada tempoh yang dinyatakan ini, maklumat akan dikeluarkan daripada sistem dan maklumat terkini akan dikemaskini secara automatik.

Oleh itu, kakitangan awam perlu muat turun maklumat yang dikehendaki untuk kegunaan di masa hadapan. Untuk membuat semakan, anda perlu melayari laman sesawang rasmi JANM.

Dengan menggunakan sistem e-penyata ini ia akan mempercepatkan dan memudahkan urusan penjawat awam untuk mendapatkan salinan penyata bulanan gaji dengan hanya melayari laman sesawang rasmi JANM sahaja. Jika dibandingkan dengan kaedah sebelum ini ia hanya akan dikeluarkan sebulan sekali dan melambatkan proses dan urusan para penjawat awam.

Oleh itu, kerajaan Malaysia berharap dengan adanya kemudahan ini dapat membantu penjawat awam dalam mempercepatkan proses urusan mereka terutama sekali dalam urusan yang melibatkan perkara pengajian.

SEMAKAN PENYATA GAJI ONLINE KAKITANGAN AWAM (e-PENYATA GAJI & LAPORAN)

Berikut merupakan langkah-langkah dalam membuat semakan slip e-penyata untuk penjawat awam. Turut disediakan adalah cara untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan slip e-penyata dan laporan secara online:

Semakan Slip e Penyata Gaji Online Dan Laporan (JANM)
Semakan Slip e Penyata Gaji Online Dan Laporan (JANM)

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN SEBAGAI PENGGUNA BARU

Jika anda merupakan pengguna kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Cara pendaftaran pengguna baru adalah seperti berikut:

Semakan Slip e Penyata Gaji Online Dan Laporan (JANM)Klik pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat pendaftaran

PERMOHONAN PENDAFTARAN PENGGUNA BARU

Semakan Slip e Penyata Gaji Online Dan Laporan (JANM)Klik pada menu pertama kali mendaftar
Semakan Slip e Penyata Gaji Online Dan Laporan (JANM)Isikan maklumat yang diperlukan. Maklumat yang bertanda * adalah wajib untuk diisi. Kemudian tekan butang ‘ok’

CARA MEMBUAT SEMAKAN SLIP e-PENYATA GAJI

Jika anda sudah membuat pendaftaran, anda boleh mengakses ke dalam sistem. Caranya adalah seperti berikut:

Semakan Slip e Penyata Gaji Online Dan Laporan (JANM)Klik pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat semakan slip e-penyata

SEMAKAN SLIP e-PENYATA ONLINE

Semakan Slip e Penyata Gaji Online Dan Laporan (JANM)Masukkan no kad penggenalan/no pasport dan kata laluan seperti yang telah didaftarkan dan sila klik butang OK untuk daftar masuk
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai masalah berkaitan termasuk pilihan soalan lazim, sila rujuk maklumat dibawah:
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana, Presint 2
62594 Putrajaya
E-mail Rasmi: maklumbalas@anm.gov.my
Talian Telefon: 03-88821000
Semakan Slip e Penyata Gaji Online Dan Laporan (JANM)FAQ e-Penyata & Laporan
Semakan Slip e Penyata Gaji Online Dan Laporan (JANM)Prosedur e-Penyata Dan e-Laporan