Permohonan Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan sebuah badan berkanun yang diberi kepercayaan untuk mentadbir pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan di sektor awam. LPPSA telah berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2016 yang dahulu dikenali dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

LPPSA merupakan satu-satunya agensi yang memberi kemudahan pinjaman perumahan kerajaan dan mempunyai aliran kewangan yang baik dan mempunyai kedudukan kredit yang kukuh aliran tunai.

LPPSA mampu menyediakan bantuan khas untuk kakitangan awam yang menyimpan hajat untuk membeli dan memiliki rumah sendiri yang berharga sehingga RM 750,000. Beberapa penambah baikkan yang telah dilakukan oleh LPPSA setelah pembentangan bajet 2018 bertarikh 27 Oktober 2018. Antaranya memperkenalkan inisiatif baru bagi memudahkan pemohon untuk membuat pinjaman membeli rumah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Inisiatif yang diperkenalkan oleh LPPSA adalah memasukkan yuran guaman bersama pembiayaan dan juga membenarkan pembiayaan perumahan secara bersama dengan isteri atau anak.

Ini merupakan langkah yang baik daripada kerajaan bagi menyediakan penjawat awam sekurang-kurangnya satu rumah sendiri. Dengan peningkatan kos membeli rumah yang drastik sejak beberapa tahun ini terutama di bandar-bandar besar di Malaysia, pembiayaan daripada LPPSA sedikit sebanyak dapat membantu kakitangan awam untuk membeli sebuah rumah untuk mereka berteduh. Usaha ini harus diteruskan dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Permohonan kini boleh dilakukan secara atas talian berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Permohonan LPPSA Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan Online (Kakitangan Awam)

Syarat Kelayakan Permohonan LPPSA

Pemohon mestilah :-

  1. Anggota Pentadbiran Persekutuan
  2. Ahli Parlimen/ Hakim
  3. Anggota Pentadbiran Negeri / Ahli Fewan Undangan Negeri
  4. Badan-Badan Berkanun
  5. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  6. Kerajaan Negeri/ Anggota Perkhidmatan Awam
  7. Anggota Polis/ Tentera

Permohonan Online Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA:

PERMOHONAN BARU PEMBIAYAAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

I) Lengkapkan maklumat yang diperlukan. Maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi

II) Pastikan anda lengkapkan maklumat dengan tepat dan benar

III) Klik butang daftar untuk membuat pendaftaran baru

IV) Jika pendaftaran berjaya, mesej ‘pendaftaran telah berjaya’ akan dipaparkan di skrin

V) Untuk pendaftaran bersama suami/isteri kedua-dua pemohon perlu mebuat pendaftaran ID berasingan

Log Masuk Portal Dan Permohonan Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Sila layari pautan di bawah untuk membuat log masuk ke portal pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA dan membuat permohonan pembiayaan:

LOG MASUK PORTAL PEMBIAYAAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

I) Lengkapkan no kad pengenalan baru yang telah didaftarkan

II)Masukkan kata laluan seperti yang telah didaftarkan dan tekan butang masuk

III)Untuk memohon pinjaman baru, anda perlu menyemak kelayakan pinjaman terlebih dahulu dengan tekan menu permohonan pinjaman

IV) Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan tekan butang ‘seterusnya’ untuk membuat semakan kelayakan

V) Jika layak sila tekan kemaskini untuk mengemaskini maklumatatau tekan ‘permohonan’ untuk meneruskan permohonan

Jenis Pembiayaan

  1. Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap
  2. Membuat rumah di atas tanah sendiri
  3. Membeli rumah atau petak kediaman dalam pembinaan
  4. Membeli Tanh Dengan Tujuan Membian Rumah
  5. Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada Bank/ Institusi Kewangan
  6. Membuat rumah di atas tanah yang di beli melalui Pinjaman BPP/ LPPSA
  7. Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman

Amaun Kelayakan Pembiayaan

BilPendapatan Bersih (RM)Kelayakan Maksimum (RM)
16,500 ke atas750,000
26,000720,000
35,700680,000
45,500650,000
55,000600,000
64,700560,000
74,500540,000
84,300510,000
94,000470,000
103,800450,000
113,500420,000
122,900340,000
132,300270,000
14Sehingga 1,700200,000

I) Pembiayaan Pertama: Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

II) Pembiayaan Kedua: Ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Kalkulator Pembiayaan LPPSA

Penentuan Amaun Kelulusan Pembiayaan

  1. Harga Hartanah
  2. Penilaian Oleh Jabatan Peniaian Dan Perkhidmtana Harta (JPPH)
  3. Amaun yang dipohon
  4. Kelayakan Maksima Pemohon

Keistimewaan Pinjaman LPPSA

  1. Pinjaman perumahan sehingga 100% pembiayaan
    1. Pinjaman LPPSA: Jika harga rumah berharga RM 300,000 jumlah pembiayaan adalah pada harga sama
    2. Pinjaman Bank: Pemohon perlu membayar sejumlah wang lagi kerana maksimum pembiayaan adalah 90% sahaja
  2. Kadar faedah yang tetap iaitu 4%
    1. Pinjaman LPPSA: Kadar faedah adalah 4% setahun
    2. Pinjaman bank: Kadar faedah adalah 4% hingga 7% bergantung kepada harga rumah. Semakin tinggi harga rumah makin rendah kadar faedah yang dikenakan
  3. Tempoh pinjaman
    1. Pinjaman LPPSA: Tempoh pinjaman untuk rumah pertama adalah 30 tahun, rumah kedua adalah 25 tahun dan boleh buat pinjaman untuk tujuan perumahan sehingga usia peminjam mencecah 90 tahun
    2. Pinjaman bank: Pinjaman adalah selama 35 tahun pinjaman boleh dibuat peminjam sehingga peminjam berusia 75 tahun

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan sila rujuk di bawah:

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya