Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh di bawah penyeliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah ditubuhkan sejak sekitar tahun 1972. MRSM dibangunkan untuk menyediakan kemudahan pendidikan khususnya bagi golongan bumiputera yang berpendapatan rendah seperti di luar bandar dengan fokus untuk melahirkan pelajar terbaik dalam negara ini. Objektif utama ketika asal penubuhan adalah untuk meningkatkan bilangan bumiputera professional yang boleh bersaing dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan.
Selaras dengan objektifnya, MRSM kini bukan sahaja menawarkan kurikulum pendidikan biasa seperti sekolah lain iaitu KBSM, tetapi turut menyediakan para pelajar dengan kurikulum khas MARA serta 5 jenis program / aliran pengajian iaitu SPMRSM Premier, Ulul Albab, International Baccalaureate Middle Years Programme, IGCSE, dan Teknikal. Kesemua ini ditawarkan di lebih 50 buah MRSM yang telah dibina di sekitar Malaysia di mana setiap sekolah mempunyai satu jenis program sebagai fokus.
Murid lepasan tahun 6 (2020) yang berminat memasuki MRSM boleh membuat permohonan secara atas talian. Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 tahun 2021 telah dibuka mulai 24 Ogos hingga 4 Disember 2020. Permohonan kemasukan bagi program Ulul Albab pula perlu menduduki ujian khas sebelum mendapat tawaran. Permohonan yang tidak berjaya untuk ambilan pertama boleh membuat permohonan rayuan yang dijangka akan dibuka sebaik sahaja semakan keputusan ambilan pertama dibuka sekitar Januari 2021.
SEMAKAN KEPUTUSAN MRSM TINGKATAN 1 2021 ONLINE TAWARAN KEMASUKAN
Berikut dikongsikan kaedah untuk membuat semakan keputusan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 tahun 2021 melalui dua cara iaitu semakan atas talian dan juga sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 2021 | ||
Buka | Tutup | |
Sebarang perubahan dalam tarikh semakan keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. |
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEMASUKAN KE MRSM 2021 | |
APLIKASI SEMAKAN ONLINE KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1 | |
Sila layari laman sesawang yang disediakan di pautan di atas dan ikuti panduan seterusnya yang diberikan. | |
SEMAKAN MELALUI SMS KE MRSM TINGKATAN 1 |
TARIKH SEMAKAN PANGGILAN UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 2021 | ||
Buka | Tutup | |
16 September | ||
Semua pemohon Tingkatan 1 perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM |
PANDUAN SEMAKAN PANGGILAN UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 | |
APLIKASI SEMAKAN ONLINE UKKM TINGKATAN 1 | |
Sila layari laman sesawang yang disediakan di pautan di atas dan ikuti arahan seterusnya yang diberikan. | |
TARIKH UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM) | |
Berikut adalah makluman terkini daripada MRSM mengenai tarikh UKKM bagi tingkatan 4 tahun 2021: | |
TARIKH SEMAKAN PANGGILAN UJIAN KHAS MRSM ULUL ALBAB TINGKATAN 1 2020 | ||
Buka | Tutup | |
16 September |
PANDUAN SEMAKAN PANGGILAN UJIAN KHAS MRSM ULUL ALBAB TINGKATAN 1 2021 | |
APLIKASI SEMAKAN ONLINE UJIAN KHAS MRSM ULUL ALBAB TINGKATAN 1 | |
Sila layari laman sesawang yang disediakan di pautan di atas dan ikuti arahan seterusnya yang diberikan. |
ARAHAN KEPADA PERMOHONAN YANG LULUS – AKAN DIKEMASKINI |
ARAHAN KEPADA PEMOHON YANG GAGAL |
Calon yang gagal dalam permohonan kali pertama boleh membuat permohonan rayuan melalui aplikasi semakan keputusan yang sama seperti pautan di atas dengan klik kepada butang pautan rayuan. |
Hanya rayuan online sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pengambilan seterusnya jika ada kekosongan. |
Perlu diingatkan bahawa keputusan bagi permohonan rayuan adalah tertakluk kepada merit yang diperolehi pemohon dan kekosongan penempatan setelah proses pendaftaran pelajar baru ambilan pertama selesai |
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KE MRSM TINGKATAN 1 2021 | ||
Buka | Tutup | |
Januari/Februari 2021 | ||
Tarikh rasmi semakan keputusan rayuan ke MRSM Tingkatan 1 akan dikemaskini dari semasa ke semasa | ||
TARIKH KEMASUKAN PELAJAR KE MRSM 2021 | ||
Berikut adalah pengumuman terkini daripada MRSM mengenai tarikh kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 4 tahun 2021: | ||
MAKLUMAT LANJUT |
Jika anda mempunyai masalah dan sebarang pertanyaan lanjut, sila ajukan kepada: |