Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 akan berlangsung pada hari Ahad, 20 Disember 2020 bermula jam 9 malam bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan menyaksikan 15 kategori popular dipertandingkan.
AME Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan sebuah acara penganugerahan yang dianjurkan oleh pihak Astro dan Era FM sebagai pengiktirafan kepada semua penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi dalam pelbagai bidang antaranya lakonan, pengacaraan, komedi, fesyen, muzik, radio, televisyen, filem dan digital.
Pada AME tahun ini, tiga kategori anugerah digugurkan iaitu Artis Lawak Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Program Radio Meletop. Namun begitu, tiga kategori baru diperkenalkan iaitu Influencer Meletop, Artis Versatil Meletop dan Top Top Meletop untuk Grup dan Duo.
SIARAN LANGSUNG KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2020
Anugerah MeleTOP Era (AME2020) turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro Go bermula jam 9 malam.
AME 2020 dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Jihan Muse dan akan diserikan dengan penampilan istimewa beberapa selebriti menemani pengacara utama.
Siti Nordiana, Zizan Razak, Mira Filzah dan Naim Daniel merupakan empat selebriti yang menerima empat pencalonan awal TOP 20 dalam Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020.
Berikut merupakan paparan senarai keputusan penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Meletop ERA (AME) 2020. | ||
PEMENANG KATEGORI ANUGERAH MELETOP ERA | AME 2020 | ||
Kategori | Pemenang | |
Lagu MeleTOP | Lembah Kesepian – Haqiem Rusly | |
Filem MeleTOP | Ejen Ali | |
Fesyen MeleTOP | Syafiq Kyle | |
Penyanyi MeleTOP | Haqiem Rusly | |
Bintang Filem MeleTOP | Syafiq Kyle | |
Si Cilik MeleTOP | Alisa Aisyah (Hanis Zalikha & Hairul Azreen) | |
Pelakon TV MeleTOP | Ben Amir | |
Program MeleTOP | Sepahtu Reunion Live 2019 Akhir | |
Artis Baharu MeleTOP | Han Byul | |
Couple MeleTOP | Hanis Zalikha & Hairul Azreen | |
Artis Lawak MeleTOP | – | |
Penyampai Radio MeleTOP | – | |
Duo / Group MeleTOP | Khai Bahar & Siti Nordiana (Satukan Rasa) | |
Drama MeleTOP | Sweet Dreams | |
Program Radio MeleTOP | – | |
Hos MeleTOP | Alif Satar |
Pemenang Kategori Top Top MeleTOP (Lelaki) |
Haqiem Rusly |
Pemenang Kategori Top Top MeleTOP (Wanita) |
Siti Nordiana |
ANUGERAH KHAS MELETOP ERA 2020 |
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah |
ANUGERAH WIRA MELETOP ERA 2020 |
Ustaz Ebit Liew |