Semakan Bacaan IPU Indeks Pencemaran Udara Terkini Secara Online Dan Aplikasi

Jerebu menjadi isu utama yang sedang hangat dibincangkan ketika ini. Bencana ini telah menyerang negara Malaysia sejak beberapa minggu yang lalu dan masih lagi tidak menunjukkan pengurangan atau bakal reda dalam masa terdekat. Malaysia kini telah menduduki tempat pertama pencemaran udara tertinggi di dunia. Hal ini amat membimbangkan khususnya dari segi kesihatan setiap penduduk negara.

Indeks Pencemaran Udara atau singkatannya IPU merupakan medium pengukur tahap pencemaran udara bagi sesebuah kawasan. Ianya disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi negara Malaysia. Bacaan IPU akan dipantau dan direkodkan setiap jam di beberapa kawasan di setiap negeri di Malaysia. Data tersebut seterusnya akan dikemaskini melalui peta interaktif serta jadual di laman sesawang khas JAS yang dikenali sebagai APIMS. Mereka juga telah memperkenalkan aplikasi telefon mudah alih yang dikenali sebagai MyIPU

Bacaan nilai IPU setiap kawasan akan diklasifikasikan mengikut tahap pencemaran atau kualiti udara kawasan tersebut. Kategori warna digunakan dan dipadankan mengikut julat nilai bacaan IPU bagi memudahkan orang ramai untuk lebih memahami. Apabila bacaan melebihi paras bahaya, pihak kerajaan akan mengambil langkah mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan seperti operasi pembenihan awan dan juga penutupan sekolah.

Orang awam juga harus mengambil langkah keselamatan dalam menghadapi malapetaka jerebu ini. Antaranya adalah dengan memakai topeng muka yang bersesuaian, kurangkan aktiviti luar, serta tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka. Hingga kini, kerajaan masih menyiasat punca sebenar berlakunya jerebu di samping berusaha untuk memulihkan kembali keadaan seperti sedia kala.

Semak Bacaan IPU Terkini (Jerebu) Melalui APIMS Dan Aplikasi Online MyIPU Indeks Pencemaran Udara

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan bacaan IPU terkini melalui beberapa kaedah serta beberapa maklumat penting seperti langkah keselamatan ketika menghadapi jerebu.

Aplikasi Semakan Bacaan IPU Terkini Online

Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan bacaan IPU terkini secara online antaranya adalah:

  • Laman Web Khas Jabatan Alam Sekitar (APIMS)
  • Aplikasi Telefon Pintar (MyIPU)
  • Laman Web World Air Quality Index (WAQI)

 1. Laman Web Khas Jas (APIMS)

Berikut dikongsikan pautan untuk menyemak bacaan IPU menggunakan aplikasi APIMS

 APLIKASI SEMAKAN IPU ONLINE

Berikut adalah klasifikasi Indeks Pencemaran Udara IPU mengikut nilai dan warna dan kesan kesihatan kepada umum beserta nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

2. Aplikasi Telefon Pintar MyIPU

Selain itu, JAS juga ada menyediakan alternatif lain bagi menyemak bacaan IPU terkini di Malaysia iaitu aplikasi telefon mudah alih yang dikenali sebagai MyIPU. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma menerusi Apple App Store bagi peranti IOS dan Google Play Store bagi peranti Android. Klik pautan disediakan di bawah untuk terus memuat turun aplikasi ke telefon bimbit:

Aplikasi MyIPU akan memaparkan lokasi berdekatan anda serta lokasi-lokasi lain yang boleh dipilih menerusi navigasi di dalam aplikasi tersebut. Contoh paparan bacaan adalah seperti berikut:

3. Laman Web World Air Quality Index (WAQI)

World Air Quality Index turut menyediakan aplikasi semakan bacaan IPU secara atas talian bagi seluruh dunia termasuklah kawasan di Malaysia. Rujuk pautan di bawah untuk aplikasi tersebut:

 APLIKASI SEMAKAN IPU ONLINE (WAQI)

  • Masukkan nama kawasan yang ingin dilihat seperti Malaysia dan klik butang carian. Laman tersebut turut memaparkan peta interaktif bacaan nilai IPU setiap kawasan

Langkah Keselamatan Ketika Jerebu

Berikut adalah gejala penyakit yang berlaku akibat daripada jerebu. Sekiranya berlaku, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran

Untuk mencegah daripada berlakunya simptom-simptom seperti berikut, ambil langkah-langkah keselamatan atau penjagaan kesihatan seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)