Semakan keputusan egTukar 2024 secara online

e-GTukar merupakan satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diletakkan di bawah pengurusan guru. Ia telah dibangunkan sendiri oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM. Dengan kata lain, modul ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan urusan pertukaran guru yang melibatkan kategori seperti pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah) dan guru.

Proses pertukaran guru melalui modul ini telah pun dijalankan sepanjang tahun 2024 di mana permohonan telah dibuka kepada mereka yang berminat. Menurut KPM, proses ini akan dilaksanakan dengan dua peringkat iaitu pada sesi Jun dan sesi Januari dengan sekali permohonan sahaja. Permohonan akan diproses berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan seperti kepentingan perkhidmatan, kekosongan penjawatan dan keperluan untuk negeri atau sekolah yang dipohon.

Berdasarkan maklumat daripada KPM, sebanyak 20,470 permohonan telah dikemukakan oleh guru kepada KPM sepanjang tahun 2018. 80% daripada permohonan tersebut mengemukakan alasan untuk bertukar kerana jauh dari pasangan hidup.

KPM telah cuba sedaya upaya untuk membantu mereka yang membuat permohonan namun ianya terhad atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Pemohon yang gagal untuk sesi Jun boleh membuat permohonan lagi untuk sesi Januari yang akan dibuka.

Semakan Keputusan Permohonan EgTukar Pertukaran Guru Sesi Januari & Jun 2024 Online

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat semakan keputusan e-GTukar secara atas talian berserta tarikh penting berkaitan e-GTukar ini:

SESI JANUARI 2024

Tarikh Semakan Keputusan Pertukaran Guru Januari 2024

Dibuka : Akan dikemaskini

Waktu:

Tarikh Semakan Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri Januari 2023

Dibuka : 9 Disember 2022

Waktu: 6 Petang

Semakan permohonan pertukaran antara negeri/bahagian dibuka untuk sesi Januari 2023

Tarikh Semakan Keputusan Pertukaran Guru Antara Daerah Januari 2023

Dibuka : 9 Disember 2022

Waktu: 6 Petang

Semakan permohonan pertukaran antara daerah dan dalam daerah dibuka untuk sesi Januari 2023

Tarikh Semakan Penempatann Guru Yang Lulus Pertukaran Antara Negeri/Daerah/Dalam Daerah Januari 2023

Dibuka : 9 Disember 2023

Waktu: 6 Petang

Semakan penempatan bagi guru yang lulus permohonan pertukaran antara negeri, daerah dan dalam daerah untuk sesi Januari 2023

SESI JUN 2023

Tarikh Semakan Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri Jun 2023

Dibuka : 26 Mei 2023

Waktu: 6 Petang

Semakan permohonan pertukaran antara negeri/bahagian dibuka untuk sesi Jun 2023

Tarikh Semakan Keputusan Pertukaran Guru Antara Daerah Jun 2023

Dibuka : 26 Mei 2023

Waktu: 6 Petang

Semakan permohonan pertukaran antara daerah dan dalam daerah dibuka untuk sesi Jun 2023

Tarikh Semakan Penempatann Guru Yang Lulus Pertukaran Antara Negeri/Daerah/Dalam Daerah Jun 2023

Dibuka : 26 Mei 2023

Waktu: 6 Petang

Semakan penempatan bagi guru yang lulus permohonan pertukaran antara negeri, daerah dan dalam daerah untuk sesi Jun 2023

Berikut adalah panduan dalam membuat semakan keputusan egTukar mereka yang berjaya dalam permohonan pertukaran guru:-

Cara Membuat Semakan Status Permohonan Dan Penempatan Permohonan Pertukaran Guru

Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan keputusan perrmohonan anda:

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN

  1. Jika anda pengguna kali pertama, sila dapatkan ID pengguna dan kata laluan dengan daftar masuk terlebih dahulu
  2. Kemudian masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan berserta no kad pengenalan dan tekan butang OK

Nota

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjelaskan bahawa pertukaran dan penempatan guru ke sekolah di seluruh negara adalah berdasarkan kepada kepentingan-kepentingan Perkhidmatan
  • Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:
    • Kepentingan perkhidmatan
    • Kekosongan jawatan
    • Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
  • GURU YANG BOLEH MEMOHON PERTUKARAN MELALUI MODUL E-GTUKAR?
    • Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja

Maklumat Lanjut

Sebarang info lain anda boleh muat turun senarai FAQ dan juga manual panduan pengguna seperti di pautan di bawah: