Kalendar Peperiksaan MUET 2023 MPM Sesi 1, 2 & 3

Malaysian English University Test (MUET) adalah merupakan satu bentuk ujian Bahasa Inggeris yang melibatkan empat komponen iaitu lisan (speaking), penulisan (writing), bacaan (reading) dan pendengaran (listening) dan peperiksaan MUET diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Keputusan peperiksaan MUET ini akan digunakan sebagai salah satu syarat khas kemasukan ke universiti awam Malaysia dengan syarat minima MUET adalah ditetapkan oleh universiti awam masing-masing. Pelajar perlu mencapai tahap Band yang diperlukan untuk layak membuat permohonan kemasukan ke universiti awam.

Setiap tahun, peperiksaan MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali (sesi) iaitu sesi 1, 2 & 3 (Dahulunya dikenali sebagai sesi Mac, Julai dan November). Selain itu terdapat juga peperiksaan yang diadakan di luar sesi ini yang dipanggil MUET On Demand (MOD). Untuk mengambil peperiksaan MUET pelajar perlu untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu secara online. Setelah itu, mereka perlu cetak slip pendaftaran dan bawa ketika peperiksaan MUET berlangsung. Perlu diingatkan, tiada sebarang kelas persediaan peperiksaan MUET. Oleh itu, pelajar perlu membuat persediaan sendiri untuk menyediakan diri dalam kesemua komponen peperiksaan MUET.

Kepentingan peperiksaan MUET ini adalah sebagai indikator untuk mengetahui kemahiran berbahasa inggeris pelajar sebelum mendaftar ke mana-mana universiti awam. Penguasaan bahasa inggeris di peringkat universiti amat penting memandangkan ia merupakan bahasa antarabangsa masa kini. Tambahan pula proses pengajaran dan pembelajaran di universiti juga dalam bahasa inggeris. Oleh sebab itu, peperiksaan MUET dijalankan bagi memastikan pelajar mahir berbahasa inggeris.

Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2023 (Tarikh Pendaftaran Dan Ujian Lisan/Bertulis)

Jadual peperiksaan MUET telah dikeluarkan secara rasmi oleh MPM untuk sesi 1, 2 dan 3 tahun 2023 meliputi tarikh pendaftaran peperiksaan beserta tarikh ujian diadakan. Oleh itu, pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET boleh merancang sendiri tarikh untuk mengambil peperiksaan MUET. Jadual peperiksaan MUET mengikut sesi adalah seperti berikut:

Kalendar Muet 2023

PERKARASESI 1SESI 2SESI 3
Tarikh pendaftaran dibuka7 Disember 202228 Februari 202312 Julai 2023
Tarikh tutup pendaftaran10 Januari 20234 April 202323 Ogos 2023
Tarikh ujian lisan (Speaking)8, 9, 10, 11, 15 dan 18 Mei 202313, 14, 15, 19, 20 dan 21 Jun 202330, 31 Oktober, 1, 2, 6, dan 7 November 2023
Tarikh ujian bertulis (Writing, Reading, Listening)1 April 202315 Julai 202318 November 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi MPM ataupun alamat berikut. Turut disertakan juga adalah pautan muat turun jadual peperiksaan MUET yang lengkap:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG,

68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN

Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488 Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ceo@mpm.edu.my