Jadual waktu tarikh peperiksaan UPKK 2024 rasmi

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan sebuah peperiksaan yang diadakan untuk murid tahun lima Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan kelas agama dan Fardhu Ain Integrasi seluruh Malaysia. UPKK ini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara kepentingan UPKK adalah sebagai syarat untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di sekolah agama kerajaan negeri. Selain itu, ia juga menjadi syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kerajaan negeri.

Ujian ini akan menguji kebolehan pelajar dalam 8 bidang pengajian iaitu Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran, penghayatan cara hidup Islam dan amali solat. Pelajar akan dinilai melalui beberapa aspek seperti lisan, amali dan ujian bertulis.

Antara matlamat UPKK adalah untuk menilai kemahiran pelajar membaca serta hafazan Al-quran. UPKK juga bertujuan untuk menilai kefahaman ilmu fardhu ain pelajar, menilai tahap kefahaman pelajar tentang asas cara hidup islam dan menilai kemahiran pelajar membaca dan menulis jawi.

Setiap tahun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan Takwim jadual waktu peperiksaan UPKK di mana JAKIM juga akan menyelaraskan peperiksaan UPKK ini di seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan, peperiksaan bertulis UPKK tahun 2023 akan diadakan dari 15 hingga 18 Januari 2024. Maklumat peperiksaan UPKK tahun 2024 akan dikemaskini.

Jadual Waktu Dan Tarikh Peperiksaan Ujian Penilian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2023

Berikut merupakan jadual waktu dan tarikh peperiksaan UPKK 2023 sebagai rujukan ibu bapa dan juga pelajar. Turut disertakan beberapa info penting berkaitan UPKK sebagai rujukan.

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2023

Jadual terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa

TARIKHWAKTUKOD KERTASNAMA KERTASMASA
3 April hingga 27 Oktober 2023 3:00 Petang-4:30 PetangUPKK 08/01Amali Solat
3 April hingga 27 Oktober 2023 3:00 Petang-4:30 PetangUPKK 07/01Penghayatan Cara Hidup Islam
1 – 30 November 2023 3:00 Petang-4:30 Petang
3:00 Petang-4:30 Petang
UPKK 01/01
UPKK 01/02
Tadarus Dan Tilawah Al-quran (Lisan)
Hafazan Dan Tafsir Al-quran (Lisan)
16 Januari 2024 (Selasa) 2:30 Petang- 4:00 PetangUPKK 02/01 Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah)1 Jam 30 Minit
17 Januari 2024 Ditangguhkan ke 24 Januari 2024 (Rabu) 2:30 Petang-4:00 PetangUPKK 03/01Sirah1 Jam 30 Minit
18 Januari 2024 (Khamis)2:30 Petang-4:00 PetangUPKK 05/01Pelajaran Jawi Dan Khat1 Jam 30 Minit
22 Januari 2024 (Isnin) 2:15 Petang-3:45 Petang
4:00 Petang-5:00 Petang
UPKK 04/01
UPKK 04/02
Adab (Akhlak Islamiyah I)
Adab (Akhlak Islamiyah II)
1 Jam 30 Minit
1 Jam
 23 Januari 2024 (Selasa) 2:30 Petang-4:30 PetangUPKK 06/01Lughah Al-quran2 Jam

Senarai Mata Pelajaran Yang Dinilai

Al-Quran
Sirah
Jawi dan Khat
Penghayatan Cara Hidup Islam
Amali Solat
Asas Luqhatul Qura
Adab (Akhlak Islamiyah)
Ulum Syariah (Aqidah & Ibadat)

Gred Pemarkahan UPKK

GRED
MARKAH
A (Tahap Cemerlang)
Tahap Cemerlang
B (Tahap Baik)
Tahap Baik
C (Tahap Memuaskan)
Tahap Memuaskan
D (Tahap Kurang Memuaskan)
Tahap Kurang Memuaskan

Informasi

Untuk muat turun jadual penuh peperiksaan UPKK (RASMI) sila klik pautan di bawah:

Rel : pihak kementerian kesihatan, panduan pengoperasian kelas al quran dan fardu ain, sekolah agama dalam norma baharu, tahun 2020 dan 2021, upkk bagi calon tahun 2020,