Pengisytiharan penetapan raya Aidiladha 2024 hari raya qurban 1445H

Setiap tahun umat islam akan merayakan dua hari perayaan iaitu Hari Raya Aidlfitri dan Hari Raya Aidiladha. Hari raya aidilfitri sebagai meraikan kejayaan berpuasa dibulan ramadhan manakala hari raya aidiladha adalah sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s dalam menyempurnakan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s mentaati perintah Allah. Pada hari raya kita disunatkan untuk menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan.

Seperti hari raya aidilfitri, di pagi hari raya aidiladha umat islam akan menunaikan solat sunat hari raya. Umat islam disunatkan keluar dari rumah dan menuju ke masjid untuk bertakbir membesarkan Allah sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang diberikan. Pada hari raya aidiladha umat islam disunatkan untuk melakukan ibadah korban bagi mereka yang berkemampuan. Ibadah korban boleh dilakukan bermula setelah khatib tamat memberi khutbah raya hingga tenggelam matahari 13 zulhijjah.

Di Malaysia, perkiraan tarikh hari raya aidiladha dengan cara melihat anak bulan dan kiraan matematik dan astronomi. Setiap kali tibanya hari raya, penyimpan mohor besar raja-raja akan membuat pengumuman di Radio dan Televesyen Malaysia (RTM) untuk memberitahu umat islam bila hari raya akan disambut. Justeru itu umat islam boleh bersiap sedia untuk menantikan pengumuman tersebut.

Pengisytiharan Tarikh Hari Raya Aidiladha 2024M/ 1445H

Bagi memudahkan semua umat islam di Malaysia berikut dikongsikan tarikh hari raya aidiladha untuk panduan semua.

Untuk makluman, tarikh ini adalah berdasarkan kiraan matematik dan astronomi oleh mereka yang bertauliah. Pada malam raya, upacara melihat anak bulan akan dilakukan untuk memastikan tarikh hari raya aidiladha:

Tarikh Rasmi Hari Raya Aidiladha 2023M / 1444H

Maklumat bagi tahun 2024/ 1445H akan dikemaskini dari semasa ke semasa

TARIKH : 29 Jun 2023 (Khamis) bersamaan 10 Zulhijjah 1444H (Rasmi)

SALURAN PENGUMUMAN : RTM TV1

  • Umat islam di Malaysia akan menyambut hari raya haji seperti tarikh yang dinyatakan.
  • Pengisytiharan akan dibuat pada malam 29 Zulkaedah 1444H oleh penyimpan mohor besar raja-raja
  • Sebarang perubahan akan dimaklumkan ketika pengisytiharan dibuat

Laporan Penyistiharan

Seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Qurban, Hari Raya Haji) pada hari Khamis 29 Jun 2023. Demikian menurut Pengisyiharan rasmi oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Tuan Haji Mohd Aseral Bin Jusman pada 18 Jun 2023.

Berdasarkan pengumuman ringkas yang telah disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohd Aseral Jusman telah memaklumkan bahawa 1 Zulhijjah 1443H adalah bersamaan dengan 20 Jun 2023M.

Oleh yang demikian, tarikh Hari Raya Aidiladha bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1444 Hijrah menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja

Maklumat Lanjut

Untuk melihat cara-cara menunaikan solat sunat aidiladha, sila layari pautan berikut:

Panduan Terkini Dan Cara Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Bacaan Lafaz Takbir Hari Raya