Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Umum mengetahui bahawa beberapa perubahan Bantuan Sara Hidup 2019 telah dilakukan selaras dengan pembentangan Belanjawan 2019. Langkah ini bagi memastikan wang bantuan yang disalurkan sampai kepada golongan rakyat yang benar-benar memerlukan. Antara perubahan yang dilakukan ialah dengan menambah kadar bantuan berdasarkan bilangan anak dan melupuskan BSH 2019 kategori bujang. Penyingkiran bantuan kepada golongan bujang ini dianggap sebagai langkah kurang popular bagi sesetengah pengkritik politik di Malaysia kerana bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan kos sara hidup golongan muda.
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa golongan OKU bakal diberikan bantuan BSH ketika Ucapan Belanjawan 2020. Siaran media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia menyatakan BSH bujang berjumlah RM 300 akan diberikan kepada mereka yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2019 dan permohonan baru BSH 2020.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau menyarankan agar kerajaan memberi bantuan seperti BSH kepada golongan anak muda bujang yang bekerja tetapi memperoleh pendapatan yang kecil setiap bulan. Hal ini kerana bantuan ini dapat membantu kehidupan mereka dalam mengharungi tekanan hidup kini.
BANTUAN SARA HIDUP (BSH) BUJANG 2021: PERMOHONAN BARU, KEMASKINI MAKLUMAT DAN TARIKH PEMBAYARAN RM300
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan pada tahun 2020 |
Peruntukan sebanyak RM5 bilion disediakan dengan perluasan skim kepada 1.1 juta individu bujang serta OKU yang memenuhi kriteria berikut: |
Masing-masing akan menerima bantuan berjumlah RM300 seorang |
Secara automatik mereka layak menerima bantuan Skim Perlindungan Takaful Mysalam dengan percuma |
Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting berkaitan BSH 2020 bujang seperti tarikh buka permohonan, cara membuat permohonan dan ringkasan siaran media sebagai rujukan. Bagi tahun 2021 akan dikemaskini dari semasa ke semasa:
TARIKH BAYARAN BSH BUJANG 2020 | ||
Sebagai permulaan, akan membuat bayaran RM300 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2019. Bayaran tersebut akan dibuat pada fasa kedua pemberian BSH 2020 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka. | ||
Cara Bayaran | ||
Bayaran Permulaan | akan dikemaskini |
TARIKH RASMI PERMOHONAN DAN KEMAS KINI BSH BUJANG 2020 | |
Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan, permohonan untuk BSH 2020 akan dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan ketika Ucapan Belanjawan 2020. | |
Berikut adalah tarikh rasmi permohonan dan pengemas kinian BSH 2020 seperti yang disiarkan dalam kenyataan Kementerian Kewangan baru baru ini. | |
BUKA | TUTUP |
1 Februari 2020 | 15 Mac 2020 |
PERMOHONAN DAN KEMAS KINI BSH BUJANG 2020 ONLINE | |||
Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan dan kemas kini BSH bujang 2020: | |||
PERMOHONAN DAN KEMASKINI BSH BUJANG ONLINE 2020 |
RINGKASAN SIARAN MEDIA BSH KATEGORI BUJANG 2019 |
Berikut merupakan ringkasan siaran media bertarikh 19 Februari 2019 oleh Kementerian Kewangan Malaysia tentang BSH bujang 2019 |
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN |
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat Bujang 2020, sila hubungi: |
Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. |