BPPT 2019 Bank Rakyat permohonan dan semakan status keputusan

Semakan pengkreditan RM 100 untuk Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang dikreditkan melalui Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat boleh dibuat di ATM Cawangan Bank Rakyat dan laman web perbankan internet i-Rakyat.

Sebagai makluman, BPPT ini akan memberi manfaat kepada 1.2 juta penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta yang layak menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT). Ia melibatkan belanja yang besar oleh kerajaan iaitu RM 120 juta kepada pelajar yang layak.

Kerajaan akan mengkreditkan bantuan pendidikan tinggi sejumlah RM 100 ke dalam Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat dengan tujuan meringaankan beban kewangan yang dihadapi pelajar. Kesan daripada peningkatan kos sara hidup, impak yang besar dirasai kepada pelajar yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan. Justeru itu, bantuan ini dapat membantu pelajar untuk setidak-tidaknya membeli barang keperluan belajar.

Peruntukan tersebut telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 24 Februari 2019. Jika pelajar IPT Awam atau Swasta yang layak menerima BPPT ini pelajar boleh membuat semakan di mana-mana ATM Bank Rakyat. Bagi mereka yang baru hendak membuat permohonan sila rujuk syarat kelayakan sebelum membuat permohonan.

Pembayaran Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) akan disalurkan melalui Bank Rakyat berdasarkan padanan data penuntut yang mempunyai akaun Bank Rakyat dengan data maklumat pelajar yang layak menerima bantuan itu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

Info Terkini

Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019 telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 24 Februari 2019

BPPT tahun 2019 adalah sebanyak RM100 yang akan diberikan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi warganegara Malaysia di Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Proses penyaluran bayaran BPPT akan berlaku pada hujung bulan Mac menerusi mekanisme sedia ada yang merupakan penambahbaikan sistem baucar buku sebelum ini iaitu kad debit Bank Rakyat

Bantuan dijangka akan memanfaatkan 1.2 juta pelajar mengikut pangkalan data lama (tahun sebelumnya) dengan dana sebanyak RM120 Juta diperuntukkan.

Mengenai perincian pelaksanaan BPPT 2019 berserta kriteria kelayakan penerima, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkannya pada masa akan datang

BPPT 2019 telah dipersetujui untuk diberikan berikutan cadangan KPM bagi meringankan tekanan kewangan pelajar di IPT serta selaras dengan pemberian BSH 2019 sebanyak RM100 kepada individu bujang oleh kerajaan

Tarikh Semakan Dan Permohonan BPPT – Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat

PerkaraMakluman
Penerima BPPT Sedia Ada (Semakan)Bagi mereka yang sudah mempunyai Kad Diskaun Siswa Rakyat, bayaran BPPT akan dikreditkan ke dalam akaun bank rakyat masing-masing dan boleh disemak pada 28 Mac 2019 di mana-mana ATM Bank Rakyat. Bayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat
Penerima BPPT Baharu (Permohonan)Pelajar boleh meyemak kelayakan bermula 28 Mac 2019. Jika pelajar layak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, anda boleh terus membuat permohonan

Semakan Bayaran BPPT  – Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat

Penerima BPPT sedia ada yang layak, bayaran BPPT akan dimasukkan ke dalam akaun Bank Rakyat masing-masing dan boleh disemak pada 28 Mac 2019. Semakan status BPPT boleh dibuat dengan klik pautan di bawah:

Kriteria Kelayakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT)

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Merupakan pelajar aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2018 di institusi pendidikan Malaysia seperti yang berikut:
    • Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional , Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
    • Intitut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akata yang berkuatkuasa; atau
    • Mendapat pertimbangan daripada Menteri Pendidikan berdasarkan syarat seperti di atas

Tarikh Kelayakan Pelajar Sedia Ada (Ada Kad) Dan Baru

DIBUKA : 28 Mac 2019

DITUTUP : 28 April 2019

Tarikh yang sama juga merupakan tempoh untuk kemaskini data jika status anda tiada rekod

Tempoh Permohonan Bagi Pelajar Layak (Tiada Kad)

DIBUKA : 1 April 2019

DITUTUP : 30 April 2019

Pelajar yang sudah mempunyai kad tidak perlu memohon semula Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat

Tempoh Permohonan Bagi Pelajar Tiada Rekod

DIBUKA : 10 Mei 2019

DITUTUP : 31 Mei 2019

Semakan status permohonan bagi pelajar yang tiada kad boleh dibuat 2 minggu selepas tarikh permohonan hingga 30 Jun 2019

Kad boleh diambil paling lewat 31 Julai 2019

Jika pelajar memenuhi syarat yang telah ditetapkan namun semakan berstatus ‘tiada rekod’ pelajar perlu memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemaskini data di MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) / e-IPTS (IPT swasta) / penyelaras agensi bermula 28 Mac 2019 sehingga selewatlewatnya pada 28 April 2019.

Proses Permohonan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat

  1. Isi borang e-Permohonan melalui pautan (link) di bawah secara online sebelum tarikh tutup permohonan. Masukkan no kad pengenalan dan tekan butang semak
  2. Status permohonan akan disahkan melalui emel permohonan oleh Bank Rakyat.
  3. Kunjungi Cawangan Bank Rakyat yang dipilih untuk pengambilan Kad Debit Bank Rakyat dengan membawa Mykad dan (satu salinan) serta Kad Pelajar dan (satu salinan).
  4. Tarikh akhir untuk membuat pengambilan kad debit bank rakyat adalah pada 31 Julai 2019 di mana-mana cawangan Bank Rakyat

Faedah Penggunaan BPPT 2019 Dengan Menggunakan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat

Pelajar boleh mendapatkan diskaun sekiranya menggunakan kaf tersebut untuk digunakan di premis rakan dagang KPDNHEP. Senarai rakan dagang KPDNHEP adalah seperti dalam pautan berikut: