Senarai bazaar Ramadan tumpuan dan menarik Putrajaya 2024

Sudahkah anda bersedia untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan? 23 Mac 2023 menandakan permulaan hari pertama Ramadhan bagi tahun 1444 Hijrah. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini. Ia menandakan kita diberikan kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini sekali lagi. Peluang yang diberikan ini haruslah kita gunakan sebaiknya untuk menambahkan amalan dan meningkatkan ketaqwaan. Kerana hakikatnya kita belum tahu jika kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang akan datang.

Selain memperoleh pahala berganda dengan mengerjakan ibadah seperti solat sunat Tarawih dan membaca al-Quran, kita tidak seharusnya lupa akan nikmat lain yang Allah kurniakan seperti nikmat berbuka puasa. Sebagai insan biasa, berbuka merupakan salah satu nikmat yang memberi kepuasan kepada kita yang telah menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.

Terdapat pelbagai cara untuk meraikan ketibaan waktu berbuka sepanjang bulan Ramadhan di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia membeli juadah berbuka di bazar-bazar Ramadhan. Disebabkan itu, kebanjiran pengunjung ke Bazar Ramadhan bukanlah suatu pemandangan yang asing lagi di negara kita. Ia merupakan antara aktiviti yang paling sering dilakukan terutamanya jika seseorang itu tidak berkesempatan untuk memasak di rumah sebagai persediaan berbuka puasa.

Di samping itu, kewujudan bazar-bazar Ramadhan juga menjadi tarikan untuk warganegara Malaysia memperoleh juadah yang terdiri daripada pelbagai jenis pilihan seperti kuih-muih, satay, nasi kukus, mihun sup, roti john dan ayam bakar. Untuk memudahkan pengunjung, sejumlah besar tapak bazar Ramadhan telah didirikan di serata negeri dan kawasan tidak terkecuali di Putrajaya dan Cyberjaya.

Senarai Lokasi Bazar Ramadhan Putrajaya Dan Cyberjaya 2023

Sekiranya anda berkeinginan untuk singgah di bazar Ramadhan, adalah dinasihatkan untuk anda merancang sebelum memulakan perjalanan terlebih dahulu. Ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran dari segi wang, masa dan tenaga. Bagi memudahkan urusan anda, berikut dikongsikan senarai bazar Ramadhan di Putrajaya dan Cyberjaya bagi tahun 2023:

Senarai Bazar Ramadhan Putrajaya Dan Cyberjaya

Simbol * digunakan bagi bazar yang menjadi tumpuan ramai

Bazar Ramadhan Putrajaya dan Cyberjaya
NOLOKASI
1Dataran Putrajaya, Presint 3 – bersebelahan Masjid Tuanku Zainal Abidin* 
2Laman Perdana, Precint 1*
3Laman Duta, Precint 15*
4Park & Ride Cyberjaya (TAPAK Street Dining)
5TSI Sports Arena, Cyberjaya

Takwim Buka Puasa Dan Imsak Serta Promosi Buffet Ramadhan