Senarai bazaar Ramadan tumpuan dan menarik Perlis 2024

Bulan Ramadhan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah. Ia tiba selepas tamatnya bulan Sya’ban. Bulan Ramadhan, seperti yang kita semua maklum adalah bulan yang mulia kerana itulah bulan diwajibkan berpuasa. Pada tahun 2024 ini, umat Islam akan mula berpuasa pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445 Hijrah yang jatuh pada hari Selasa.

Sepanjang bulan ini, umat Islam wajib menahan diri daripada lapar dan dahaga bermula terbit fajar sehingga maghrib. Di samping itu, umat Islam juga perlu mengelakkan daripada melakukan semua perkara yang membatalkan atau mengurangkan pahala puasa. Haram bagi umat Islam untuk meninggalkan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan hukumnya adalah berdosa melainkan ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan seseorang muslim itu untuk tidak berpuasa.

Dan bagi umat Islam yang berpuasa, saat berbuka adalah saat paling nikmat sepanjang hari. Ini kerana segala lapar dan dahaga dapat dibalas dengan makanan dan minuman ketika berbuka. Oleh itu, ramai yang ingin menjadikan saat berbuka itu istimewa dengan menjamu makanan atau juadah kegemaran mereka.

Di manakah lokasi bazar ramadan yang dibuka di sekitar negeri Perlis? Pasti ramai tertanya-tanya ke manakah yang harus dituju untuk membeli juadah berbuka puasa. Walaupun tidak sebanyak negeri lain, namun bazar-bazar di Perlis cukup untuk menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman buat santapan berbuka.

Senarai Dan Lokasi Bazar Ramadhan Perlis 2024 (Lokasi Beli Juadah Berbuka Puasa)

Berikut dikongsikan Senarai Bazar Ramadhan di serata Negeri Perlis termasuk lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2024. Dengan ini, tiada masalah untuk membuat keputusan bazar yang mana hendak dikunjungi nanti. Rujuk senarai di bawah sebagai panduan anda:

Senarai Bazar Ramadhan Perlis 2024

Senarai adalah berdasarkan Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs)

Bazar Ramadhan Perlis
NOLOKASI
1Persiaran Wawasan
2Taman Kemajuan
3Kompleks Bazar Jejawi MPKP
4Dataran Niaga Arau
5Jalan Padang Besar 
6Tapak Pasar Malam Lama Kuala Perlis

Takwim Buka Puasa Dan Imsak Serta Promosi Buffet Ramadhan