Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan satu aliran tahfiz sains di Sekolah Agama Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini diberi nama Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab memberikan para pelajarnya pendedahan terhadap penguasaan ilmu tahfiz dan turath kepada murid Tingkatan 4 dan 5 disamping menguasai ilmu sains. Program ini ditawarkan di sekolah agama KPM dan ianya adalah di bawah seliaan KPM sendiri. Ambilan bermula daripada pelajar tingkatan 4 akan dibuka setiap tahun dan pelajar boleh membuat permohonan jika menepati syarat yang telah ditetapkan.
Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab menggabungkan dua modul kurikulum iaitu kurikulum kebangsaan aliran tahfiz sains ke dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan kitab turath dan terbuka kepada pelajar lepasan Tingkatan 3 yang terpilih. Pihak KPM mencadangkan agar pelajar yang memilih aliran ini agar meneruskan pengajian hingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) jika mendapat tajaan.
KPM berharap dengan adanya program seperti ini mampu melahirkan pelajar yang seimbang dalam pelajaran berasaskan naqli dan ‘aqli serta ilmu turath seterusnya melahirkan generasi pelapis ulama dengan bertunjangkan ilmu agama.
Pengambilan pelajar sesi Januari 2023 kini telah dibuka dan kepada pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah agama KPM boleh mengemukakan permohonan secara online sebelum tarikh tutup permohonan. Untuk pengetahuan pemohon, permohonan anda akan diproses terlebih dahulu kemudian mereka yang terpilih akan dipanggil untuk sesi temuduga. Selepas itu, jika terpilih pelajar yang layak boleh membuat pendaftaran ke sekolah agama KPM untuk mengikuti program ini. Maklumat bagi ambilan tahun 2025 akan dikemaskii dari semasa ke semasa.
Permohonan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab KPM 2023 Online
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan untuk mengikuti program ini pada tahun 2023. Turut disertakan merupakan syarat permohonan untuk mengikuti program ini berserta tarikh-tarikh penting berkaitan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab:
Tarikh Permohonan Kemasukan Ke Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2023
BUKA : 19 Januari 2023
TUTUP : 18 Februari 2023
Permohonan ini hanya boleh dibuat secara online. Permohonan akan ditutup pada jam 12:00 malam
Cara Membuat Permohonan Ke Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2023
Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan:
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB 2023
I) Sila isi borang yang terdapat dalam pautan di atas dengan maklumat yang diminta
II) Pastikan segala maklumat adalah benar. Jika terdapat penyelewengan dalam maklumat tawaran akan ditarik balik
III) Tekan butang “hantar permohonan ini” dan permohonan anda akan diproses
Syarat Kelayakan Permohonan Ke Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berumur tidak lebih daripada 16 tahun ketika 1 Januari tahun semasa permohonan
- Pemohon mestilah murid yang yang mengambil KBT KPM dari sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri
- Pemohon mestilah lulus peperiksaan
PT3dengan sekurang-kurangnya memperoleh 6A termasuk subjek seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Islam/ Hifz Quran / Maharat al-Quran / Bahasa Arab dan minimum B dalam subjek Matematik dan Sains - Pemohon telah menghafal sekurang-kurangnya 20 juz Al-Quran dan telah mendapat perakuan dengan pihak sekolah
- Pemilihan calon dinilai berpandukan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPSi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan (PAJSK)
- Pemohon hendaklah bersetuju mengikuti program ini sehingga menamatkan pengajian di tingkatan 5
Calon akan menjalani proses temuduga yang diadakan di pusat temuduga terpilih
Tarikh Semakan Panggilan Temuduga Ke Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2023
BUKA : 1 Mac 2023 (Rabu)
TUTUP :
Pemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga
Cara Membuat Semakan Panggilan Temuduga
Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan:
SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA
I) Sila masukkan no kad pengenalan pemohon
II) Tekan butang semak dan senarai akan dipaparkan
Tarikh Semakan Keputusan Temuduga Ke Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2023
BUKA : 20 Mac 2023
TUTUP :
Pemohon yang layak mengikuti program ini akan dipaparkan di portal
Cara Membuat Semakan Keputusan Temuduga
Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan:
SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA
I) Sila masukkan no kad pengenalan pemohon
II) Tekan butang semak dan senarai akan dipaparkan
Maklumat Lanjut
Sekiranya pemohon mengalami masalah untuk membuat permohonan, soalan boleh diajukan di alamat dan no telefon berikut:
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2
NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
No Tel: 03 8321 7348
YAYASAN TERENGGANU
BANGUNAN YAYASAN
JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz )
No Tel: 09-621 1800