Cara Menukar No Telefon Bimbit Yang Didaftarkan Di BSH

Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan satu bentuk inisiatif daripada kerajaan Pakatan Harapan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Dahulunya BSH dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ketika zaman kerajaan terdahulu. Menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata ketika pembentangan Belanjawan 2019 peruntukan BSH kali ini lebih tertumpu kepada golongan B40.

Menurut Lim Guan Eng, BSH akan diagihkan secara berfasa iaitu fasa 1, fasa 2 dan fasa 3. Agihan juga terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori 1 isi rumah bawah RM 2,000 akan menerima RM 1,000. Manakala kategori 2 isi rumah yang berpendapatan antara RM 2,001 hingga RM 3,000 akan menerima RM 750 dan kategori 3 bagi isi rumah berpendapatan RM 3,001 hingga RM 4,000 akan menerima bantuan sebanyak RM 500.

Permohonan boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang rasmi BSH sekitar bulan Februari hingga Mac setiap tahun. Sebelum membuat permohonan, anda perlu membuat semakan kelayakan terlebih dahulu. Jika anda layak, sila isi maklumat yang diperlukan. Bagi mereka yang sudah membuat pendaftaran dan ingin menukar maklumat seperti nombor telefon anda boleh berbuat demikian. Pastikan anda memberikan nombor telefon yang aktif bagi memudahkan urusan.

Cara Tukar Nombor Telefon Bimbit Yang Didaftarkan Di Bantuan Sara Hidup (BSH)

Berikut dikongsikan cara-cara untuk menukar nombor telefon bimbit jika anda sudah mendaftar sebelum ini. Maklumat ini amat penting bagi urusan rasmi seperti ini. Maklumat disediakan adalah bagi tahun 2019 sebagai rujukan. Buat tahun 2021 akan dikemaskini setelah diumumkan.

Cara Untuk Tukar/ Nombor Telefon Bimbit BSH 2020

  • Anda boleh untuk sama ada mengemas kini atau mendaftar nombor telefon bimbit anda di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) bermula tarikh yang akan dikemaskini. Tahun lepas pada 1 Februari 2019
  • Antara kepentingan nombor telefon adalah untuk proses sms nombor TAC

Pendaftaran Nombor Telefon

Bagi yang belum menghantar borang BSH 2019, anda perlu melengkapkan borang permohonan BSH 2019 (BK-01) terutama nombor telefon anda dan kemukakan di cawangan LHDNM

PENDAFTARAN NOMBOR TELEFON BARU

  1. Klik pada pautan di atas dan muat turun borang tersebut
  2. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan termasuk nombor telefon yang aktif
  3. Hantar borang tersebut di mana-mana cawangan LHDNM terdekat

Kemas Kini Nombor Telefon

  • Bagi yang sudah menghantar borang BSH 2019, anda perlu melengkapkan borang kemas kini nombor telefon (BK-21) yang boleh didapati di cawangan LHDNM
  • Pastikan nombor telefon yang baru tersebut aktif dan boleh dihubungi

Jadual Pembukaan Kaunter BSH 2019 Di Cawangan LHDNM (1.7.2019-15.8.2019)

Hari/TarikhLokasiMasa
BekerjaCawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM Semenanjung9 pagi – 5 petang
BekerjaCawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM Sabah/Sarawak8 pagi – 4 petang
2.8.2019 (Jumaat)Cawangan LHDNM (Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu)9 pagi – 4:30 petang
3.8.2019 (Sabtu)Semua Cawangan LHDNM Semenanjung9 pagi – 4:30 petang
3.8.2019 (Sabtu)Semua Cawangan LHDNM Sabah Dan Sarawak8 pagi – 3:30 petang
4.8.2019 (Ahad)Semua Cawangan LHDNM (Selain Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu)9 pagi – 4:30 petang
4.8.2019 (Ahad)Semua Cawangan LHDNM Sabah Dan Sarawak8 pagi – 3:30 petang

Nota Penting

  • Kaunter BSH tidak dibuka pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti negeri (negeri terlibat) kecuali tarikh pada jadual di atas
  • Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga 3:30 petang
  • Bagi PKH yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pada umum akan dipamerkan pada premis
  • Masa pembukaan kaunter BSH di UTC adalah bergantung kepada jadual operasi UTC tersebut
  • Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan

Maklumat Penting Dan Pertanyaan

Jika ingin mendapatkan info lanjut berkaitan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:

Sekretariat BSH,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.

  • Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 – BSHR (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
  • Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
  • E-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my
  • FAQ BSH 2019