Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah Dan Ringkas

Semakin hari semakin ramai graduan atau lepasan universiti yang mencari pekerjaan di Malaysia. Namun begitu, kekosongan dalam sektor awam dan swasta belum pasti dapat menampung kebanjiran lepasan institusi pengajian tinggi yang beribu-ribu bilangannya saban tahun. Hal ini kerana bukan pemilik ijazah sahaja yang berebut-rebut mencari pekerjaan malah lulusan SPM/Diploma dan lain-lain juga mempunyai matlamat yang sama selepas menghabiskan zaman pengajian.

Hasilnya, bagi kebanyakan graduan termasuk lulusan Ijazah Sarjana Muda atau lepasan Master yang tidak mempunyai pilihan, pada peringkat awal mereka hanya perlu menerima sahaja peluang atau jawatan yang ditawarkan dalam sesebuah syarikat walaupun tidak setaraf dengan kelayakan pendidikan yang mereka miliki. Setelah mendapati bahawa ada kekosongan jawatan di peringkat yang lebih tinggi atau mendapat tawaran untuk bekerja di syarikat lain barulah graduan tersebut akan meletakkan jawatan yang sedia ada dan berpindah.

Namun begitu, proses untuk berhenti kerja atau meletakkan jawatan perlu dituruti sepertimana yang telah ditetapkan oleh syarikat. Kebiasaannya surat berhenti kerja perlu ditulis dan diberikan kepada pengurus atau penyelia sebelum status berhenti kerja diproses oleh bahagian Sumber Manusia (HR). Surat berhenti kerja perlu mengandungi maklumat-maklumat tertentu dan boleh dirujuk berdasarkan Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah yang dikongsikan.

Surat berhenti kerja secara asasnya adalah suatu bentuk notis yang diberikan untuk memaklumkan peletakan jawatan kepada pihak-pihak tertentu dengan lebih awal terutamanya bos/pengurus dan bahagian Sumber Manusia syarikat. Notis berhenti kerja boleh jadi selama sebulan atau sesingkat 24 jam bergantung pada jenis syarikat, tempat kerja atau jawatan yang dipegang.

Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah Dan Ringkas Dalam Bahasa Melayu Dan Inggeris

Berikut dikongsikan Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah yang boleh digunakan untuk merangka surat peletakan jawatan mengikut kesesuaian masing-masing. Surat Peletakan jawatan dalam Bahasa Inggeris juga turut disediakan.

Contoh Berhenti Kerja Mudah Dengan Notis Sebulan

Takwa Bin Amir,
Software Engineer,
Intel Sdn. Bhd,
Taman Tun Teja
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim


Mdm Rozita,
Division Manager,
Intel Sdn Bhd,
Taman Tun Teja
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim                                                                                                                                                                          16 Januari 2019

Puan,

Per : Perletakan Jawatan Notis Sebulan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Takwa bin Amir bertugas sebagai Software Engineer ingin memaklumkan kepada pihak puan tentang perletakan jawatan dan hari terakhir saya bekerja adalah pada 14 Februari 2019.

3. Buat makluman pihak puan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru di syarikat lain.

4. Saya juga ingin memanjatkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya sepanjang menjalankan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan pihak syarikat.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………
(Takwa bin Amir

Software Engineer, Intel Sdn. Bhd

Contoh Berhenti Kerja Mudah Dengan Notis 24 Jam/Serta Merta

Saleha binti Azmi,
Jurujual,
Ramli Sdn. Bhd,
Jalan ss6/27
46000 Kelana Jaya,
Selangor Darul Ehsan


En Ramli bin MS,
Pengurus Cawangan,
Ramli Sdn. Bhd,
Jalan ss6/27
46000 Kelana Jaya,
Selangor Darul Ehsan                                                                                                                                                                     21 Februari 2019

Tuan,

Per : Notis Perletakan Jawatan 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Saleha Bt Azmi, bertugas sebagai jurujual ingin memaklumkan kepada tuan tentang perletakan jawatan saya yang akan berkuatkuasa pada 22 Februari 2019 (Jumaat). Untuk makluman pihak tuan perletakan jawatan ini adalah kerana saya telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di salah sebuah Universiti Awam tempatan.

3. Saya juga ingin memanjatkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya sepanjang menjalankan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan pihak syarikat.

4. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama untuk memudahkan urusan saya. Masa dan keprihatinan pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………
(Saleha binti Azmi)

Jurujual, Ramli Sdn. Bhd

Contoh Berhenti Kerja Mudah Bahasa Inggeris

Faizul bin Tahir,
Executive Engineering Info,
Malaysia Aircraft Corporation,
Jalan KLIA
53000 Sepang,
Selangor Darul Ehsan


Mdm Azariah binti Hafiz,
Manager Engineering Info & Configuration,
Malaysia Aircraft Corporation,
Jalan KLIA
53000 Sepang,
Selangor Darul Ehsan                                                                                                                                                                    1st March 2019

Dear Mdm,

Resignation From The Position Of Executive Engineering Info

Please accept this letter as notice of my resignation from my position as staff accountant. I will be serving my one month notice and my last day of work will be on 1st April 2019.

It has been an honor working with you and your team over the last few years. One of the highlights of my career was collaborating with you to launch the AMOS aircraft maintenance and operation system.

I would like to thank you for letting me be a part of the Malaysia Aircraft Corporation family. I have learned a lot from the company and I appreciate the time and patience you sacrificed in training me. The experience i gained from working with Malaysia Aircraft Corporation is something that I will always treasure.

Rest assured that I will complete all my projects and ensure a smooth hand over. I am available to provide any assistance required during this transition period. Lastly, thank you for the opportunity given throughout my employment. I wish you and your staff all the best and I look forward to staying in touch with you.

Sincerely,

……………………………
(Faizul bin Tahir)