Cara Solat Sunat Aidiladha, Niat & Teks Khutbah 2021

Hari raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan salah satu hari kebesaran bagi umat islam selain daripada hari raya AidilFitri. Hari raya Aidiladha disambut setahun sekali ketika musim haji berlangsung. Pada hari raya aidiladha, umat islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat hari raya aidiladha pada pagi 10 zulhijjah hari raya.

Hari raya adiladha merupakan hari kegembiraan yang dikurniakan oleh Allah sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S dalam melaksanakan perintah Allah serta ketaatan dan kesabaran anaknya Nabi Ismail A.S. Solat sunat aidiladha dilakukan ditempat lapang atau di masjid dan umat islam lelaki dan perempuan disunatkan berkumpul di tempat solat membesarkan Allah sebagai tanda kesykuran atas nikmat yang diberikan.

Amalan-amalan sunat seperti memakai wangian, memakai pakaian bersih dan mandi sunat hari raya adalah antara amalan yang digalakkan untuk umat islam lakukan pada hari raya aidiladha.

Segala rukun mengerjakan solat sunat aidiladha adalah sama seperti solat fardhu kecuali penambahan 7 kali takbir pada rakaat pertama dan 5 kali takbir pada rakaat kedua. Selepas solat khatib akan menyampaikan khutbah sama seperti khutbah hari jumaat.

Khatib disunatkan melafazkan takbir pada kedua-dua khutbah. Selepas tamat solat sunat aidiladha, barulah jemaah akan bersurai dan bersiap sedia utuk melakukan ibadah korban yang biasa dilakukan selepas solat sunat aidiladha.

Hukum Solat Hari Raya

Hukum mengerjakan solat aidiladha adalah sunat muakkad dan telah dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad sejak dari awal pensyariatan hingga Baginda wafat. Umat islam disunatkan melakukan solat sunat aidiladha secara berjemaah namun sah jika dilakukan secara bersendirian.

Panduan Cara Solat Sunat Hari Raya Haji Aidiladha

Cara menunaikan solat sunat aidilfitri dan aidiladha adalah sama kecuali pada niat sahaja. Bagi memudahkan semua, kami kongsikan cara-cara menunaikan solat sunat aidiladha berserta niat. Sila rujuk panduan di bawah sebagai rujukan semua untuk menunaikan solat sunat aidiladha nanti:

Waktu Solat

Solat Sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktunya pula adalah di antara ketika mula terbit matahari sehingga tergelincirnya matahari. Namun, adalah sunat untuk solat dikerjakan segera bagi memberi peluang untuk ibadah korban dilaksanakan.

Cara Dan Niat Solat Sunat Aidiladha (Hari Raya Haji)

Solat hari raya haji (aidiladha) dilakukan sebanyak dua rakaat kemudian selepas memberi salam disusuli dengan dua khutbah. Rukun solat sunat aidiladha adalah sama seperti solat fardhu cuma ada tambahan mengangkat takbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua.

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Usalli Sunnatan LiAidil Adha Rak’ataini Imaman/Makmuman Lillahi Ta’ala

Sahaja Aku sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Adha Dua Rakaat imam/Makmum Kerana Allah Ta’ala

Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Rakaat Pertama

  1. Mengangkat takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akhbar kemudian lafazkan niat dalam hati
  2. Membaca doa iftitah
  3. Mengangkat takbir sebanyak tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ilaha illallah, Wallahu akbar)
  4. سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
  5. Membaca surah al- Fatihah
  6. Membaca mana-mana surah dalam  al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
  7. Melakukan rukun seperti solat fardhu sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat Kedua

  1. Mulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  2. Mengangkat takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ilaha illallah, Wallahu akbar)
  3. سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
  4. Membaca surah al- Fatihah
  5. Membaca mana-mana surah dalam al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
  6. Melakukan rukun seperti solat fardhu sehingga selesai rakaat kedua
  7. Memberi salam

Khutbah Aidiladha 1442H/ 2021M Dari JAKIM

Setelah selesai menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidiladha, khutbah boleh di baca dengan merujuk teks khutbah yang dikeluarkan oleh JAKIM seperti berikut:

Melakukan Perkara Sunat

Amat elok pada pagi hari raya Aidiladha jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan di antaranya:

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas pulang daripada solat Aidiladha
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh
  7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari subuh 9 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah (Takbir Muqayyad)
  8. Menunaikan sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan
  9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai
  10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan
  11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.