Permohonan SMA Nilai 2022 Online Tingkatan 1

Sekolah aliran agama semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa. Ramai daripada ibu bapa sekarang berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah menengah agama. Bagi memastikan pendidikan menjadi teras utama pembangunan insaniah anak muda dalam negara kita, kerajaan Malaysia telah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan sekolah pelbagai aliran sebagai pilihan buat ibu bapa. Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai antara sekolah yang mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa sebagai pilihan untuk anak yang berminat belajar dalam aliran agama.

SMA Nilai merupakan sebuah sekolah yang terbina di atas tanah seluas 4867 hektar. SMA Nilai merupakan sebuah sekolah menengah agama bantuan kerajaan di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Islam, KPM dan juga Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Terdapat 25 orang guru yang menjadi tenaga pengajar di sekolah ini dan semua tenaga pengajarnya merupakan orang yang kompeten untuk menjadi guru. Modul pembelajaran pula sentiasa dipantau oleh kementerian dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bagi memastikan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

SMA Nilai mempunyai satu bangunan yang terdiri satu pejabat pentadbiran dan beberapa bilik khas. SMA Nilai juga dilengkapi dengan satu blok yang terdiri daripada makmal sains, bengkel KHB, 8 buah kelas dan 2 blok asrama yang dianggarkan boleh memuatkan 150 orang pelajar. Beberapa kejayaan yang dicapai SMA Nilai adalah mencipta rekod PMR terbaik SABK Negeri Sembilan dan juga pernah muncul sekolah terbaik SPM pada tahun 2012 dan 2013. Ketika SPM 2014 pula SMA Nilai telah menerima anugerah lonjakan saujana atas pencapaiannya.

Borang Permohonan SMA Nilai 2022 Online Online Kemasukan Ke Tingkatan 1

Kemasukan bagi tahun 2022 akan dikemaskini. Permohonan kemasukan ke SMA Nilai kini boleh dibuat secara online bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar yang berminat dan layak untuk membuat permohonan. Berikut merupakan cara membuat permohonan dan tarikh penting SMA Nilai:

Tarikh Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Ke SMA Nilai 2020

Dibuka : 21 November 2019

Ditutup : 29 November 2019

Borang permohonan akan dipaparkan di laman sesawang rasmi SMA Nilai selama seminggu bermula hari pertama keputusan UPSR diumumkan

Cara Membuat Permohonan SMA Nilai 2020

Pemohon perlu mengisi borang permohonan seperti pautan berikut:

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SMA NILAI ONLINE

  1. Sila isi borang yang terdapat dalam pautan di atas dan cetak borang tersebut
  2. Kemudian sila cetak dokumen wajib serta disahka oleh Pengetua/Guru besar/pegawai kerajaan Gred A/Ketua Kampung. Antara dokumen tersebut adalah:
    Salinan MyKad/Sijil kelahiran pemohon
    Salinan MyKad ibu dan bapa / penjaga dan isteri penjaga pemohon
    Salinan keputusan UPSR
    Salinan keputusan UPKK, UPSRA ATAU PRSA
    Salinan sijil berhenti sekolah
    Salinan Pelaporan PBD
    Salinan Pelaporan PAJSK
    Salinan Pelaporan Segak
    Salinan Pelaporan Psikometrik
    Salinan Sijil Pencapaian j-QAF
    Salinan Sijil-Sijil Pencapaian yang berkaitan
  3. Borang permohonan dan dokumen yang diperlukan wajib dihantar ke sekolah secara serahan tangan sahaja. Penghantaran secara lain-lain cara tidak akan dilayan
  4. Segala maklumat berkaitan ujian, permohonan dan keputusan akan dipaparkan di laman sesawang rasmi SMA Nilai

Syarat Kelayakan Permohonan SMA Nilai

  1. Pemohon hendaklah boleh membaca dan menulis jawi
  2. Pemohon boleh membaca al-quran dengan lancar
  3. Pemohon mempunyai asas dalam bahasa arab
  4. Dalam peperiksaan UPSR pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 2A dan tiada gred D dan E
  5. Memperoleh sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK ATAU Jayyid Jiddan UPSRA/PSRA

Kuota Kemasukan

Kemasukan ke SMA Nilai adalah terhad. Oleh itu pemilihan pelajar akan berdasarkan beberapa kriteria seperti di bawah akan diberi keutamaan:

  1. Pelajar bersekolah rendah di Negeri Sembilan
  2. Pemohon mestilah anak kelahiran Negeri Sembilan
  3. Ibu atau bapa pemohon merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan
  4. Pemohon hendaklah telah menetap atau bermastautin di Negeri Sembilan lebih 10 tahun
  5. Pemohon menetap di Bangi, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Salak Tinggi, Sepang (Selangor)

Tarikh Penting Permohonan SMA Nilai 2020

TarikhPerkara
21 November 2019Permohonan dibuka. Borang permohonan boleh dimuat turun dilaman sesawang e-mohon
29 November 2019Permohonan di laman e-mohon ditutup pada jam 3:30 petang
29 November 2019Tarikh akhir pemohon untuk menghantar borang berserta dokumen diperlukan ke pejabat SMA Nilai pada jam 4.30 petang
5 Disember 2019Senarai penuh pemohon yang layak ditemuduga akan dipaparkan di laman sesawang SMA Nilai
7 Disember 2019Calon akan ditemuduga dan ujian penilaian dijalankan. Calon perlu membawa pensel 2B, alat tulis dan senaskah Al-Quran terjemahan
19 Disember 2019Keputusan permohonan akan diumumkan di laman sesawang rasmi SMA Nilai dan surat tawaran boleh diambil di pejabat SMA Nilai
1 Januari 2020Pendaftaran pelajar tingkatan 1 ambilan 2020 bermula

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh rujuk di laman sesawang rasmi mereka dan laman facebook rasmi:

Sekolah Menengah Agama Nilai,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan
No Tel: 06-7991826