Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024 jadual carta kedudukan

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah adalah sebuah pertandingan yang dianjurkan Persatuan Hoki Malaysia dengan menjemput pasukan-pasukan hoki negara lain untuk bertanding di Stadium Hoki Ipoh. Kejohanan yang mendapat pengiktirafan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ini pada awalnya berlangsung dua tahun sekali sejak 1983. Namun bermula tahun 1998 ia merupakan kejohanan secara tahunan. Kejohanan ini diberi nama bersempena nama Sultan Azlan Shah kerana baginda merupakan peminat setia sukan hoki.

Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2024 akan berlangsung pada 4 hingga 11 Mei 2024. Berikut dikongsikan maklumat bagi edisi lepas sebagai rujukan. Untuk edisi ke 29 tahun 2022 yang berlangsung dari 1 hingga 20 November 2022, pasukan hoki Malaysia di bawah bimbingan jurulatih, Arul Selvaraj akan bersaing dalam kejohanan ini sebagai kejohanan keduanya selepas berjaya mendapat tempat kedua dalam Piala Asia 2022. Kejayaan tersebut melayakkan pasukan negara untuk bersaing di Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 yang akan berlangsung di India.

Antara negara yang akan bertanding di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2022 adalah Malaysia, Mesir, Pakistan, Korea Selatan, Jepun dan Afrika Selatan. Sejak ia mula dianjurkan Malaysia belum pernah muncul juara bagi kejohanan ini. Pencapaian terbaik pasukan hoki Malaysia adalah dengan menjadi naib juara sebanyak lima kali. Pada tahun ini, pasukan negara akan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mengharumkan nama negara.

Jadual Keputusan Dan Carta Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 Malaysia

Berikut merupakan jadual keputusan dan carta kedudukan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 melibatkan pasukan Malaysia beserta keputusan perlawanan klasifikasi dan kedudukan akhir pasukan sebagai rujukan.

Keputusan Dan Kedudukan Semasa Malaysia Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022

TarikhMasaPasukanKeputusanPasukan
1 Nov835 malamMalaysia0 – 3Korea Selatan
2 Nov835 malamMalaysia1 – 1Pakistan
6 Nov5 petangMalaysia7 – 2Afrika Selatan
5 Nov835 malamMalaysia4 – 1Mesir
7 Nov835 malamMalaysia4 – 2Jepun
PasukanBPMSKJGGBPGMt
Korea Selatan
541082+613
Malaysia5311169+710
Jepun52129807
Pakistan5122910-15
Mesir 511359-44
Afrika Selatan 5104917-83

NOTA :

Skuad hoki lelaki negara mengesahkan tiket beraksi di final Piala Sultan Azlan Shah 2022 selepas melakar kemenangan 4-2 ke atas Jepun di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh, Isnin, 7 November 2022.

Keputusan dalam aksi terakhir liga sepusingan itu membolehkan skuad bimbingan Arul Selvaraj mengakhiri saingan di kedudukan kedua apabila mengumpul 10 mata menerusi tiga kemenangan, satu seri dan satu kalah.

Korea Selatan menamatkan saingan liga di kedudukan teratas dengan mengumpul 13 mata selepas menang empat perlawanan dan satu seri. Malaysia akan membuat perhitungan dengan Korea bagi perebutan gelaran juara, Khamis ini.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Klasifikasi Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022

TarikhMasaPasukanKeputusanPasukan
Tempat ke-5 dan ke-6
9 Nov06.00PMMesir 2 – 1 Afrika Selatan
Tempat ke-3 dan ke-4
9 Nov08.15PMJepun 3 – 5 Pakistan
Juara dan naib juara
10 Nov08.00PMKorea Selatan2 – 3Malaysia

Keputusan Kedudukan Akhir Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022

KedudukanPasukan
JuaraMalaysia
Naib JuaraKorea Selatan
KetigaPakistan
KeempatJepun
KelimaMesir
KeenamAfrika Selatan

Related : skuad hoki, sultan azlan shah edisi ke-29, kejohanan hoki piala sultan azlan shah 2022 malaysia, cemerlang untuk, stadium hoki sultan azlan, tuan rumah, pukulan sudut penalti, layak ke perlawanan,