Permohonan Pendaftaran Rumah Selangorku Online

Kerajaan kini dalam usaha meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat. Bagi mencapai sasaran ini, kerajaan negeri juga turut membantu dengan menyediakan inisiatif bagi memudahkan rakyat memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sendiri. Kita sedia maklum, nilai hartanah kini kian meningkat terutama sekali di kawasan bandar. Negeri Selangor antara kawasan terkesan dengan kenaikkan harga rumah hingga menyebabkan mereka yang berpendapatan rendah sukar untuk memiliki rumah sendiri.

Oleh itu, kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan satu program Rumah Selangorku. Permohonan Rumah Selangorku telah dibuka secara atas talian/ online bagi mereka yang berminat dan berkelayakan untuk memohon. Permohonan online adalah melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Program ini telah dilancarkan sejajar dengan matlamat kerajaan negeri iaitu ‘Satu keluarga satu kediaman yang sempurna’. Untuk pengetahuan semua, program ini telah mula dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2014.

Terdapat 4 kategori Rumah Selangorku yang boleh dipohon oleh pemohon yang berminat iaitu rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah, rumah kos sederhana dan rumah mampu milik. Melalui program ini, harga seunit adalah tidak melebihi RM 250,000 termasuk cukai. Harga rumah pula adalah bergantung kepada keluasan, jenis, lokasi dan lain-lain kemudahan tambahan yang telah disediakan. Keluasan rumah untuk program Rumah Selangorku adalah diantara 700 kaki persegi hungga 1000 kaki persegi.

Permohonan Dan Pendaftaran Serta Semakan Status Rumah Selangorku Online

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan program Rumah Selangorku, cara membuat semakan, syarat-syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan dan lain-lain maklumat yang diperlukan berkaitan program Rumah Selangorku:

Cara Membuat Permohonan Rumah Selangorku Online

Terdapat empat jenis rumah yang boleh dipohon, rumah jenis B, C dan D serta permohonan kedai/industri mampu milik boleh didaftar secara online seperti dibawah:

I) Klik pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat permohonan

II) Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan kemudian tekan butang masuk

III) Untuk pengguna kali pertama sila tekan daftar baru dan isikan no kad pengenalan tanpa simbol “-“. Kemudian tekan butang semak

Cara Membuat Permohonan Rumah Selangorku Secara Manual

Untuk rumah jenis A, pemohon perlu isi secara manual melali cara di bawah:

I) Klik pautan di yang disediakan di bawah dan muat turun borang SPP 01

II) Lengkapkan borang tersebut dan hantar ke pejabat LPHS

Cara Membuat Semakan Status Permohonan Rumah Selangorku

I) Klik pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat semakan:

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

II) Sila masukkan no kad pengenalan kemudian tekan butang semak

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Selangorku

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  • Permohonan untuk rumah jenis A jumlah pendapatan isi rumah (suami dan isteri) mestilah tidak melebihi RM 3,000 sebulan manakala untuk permohonan jenis B, C dan D jumlah pendapatan isi rumah mestilah antara RM 3,001 hingga RM 10,000 sebulan
  • Pemohon rumah jenis B, C dan D mestilah berpendapatan minimum RM 3,001 sebulan
  • Pemohon atau pasangan pemohon tidak pernah memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor
  • Jika pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan pemohon boleh membuat permohonan rumah jenis B, C dan D tatapi jika pendapatan isi rumah melebihi RM 3,0001 sebulan pemohon tidak dibenarkan membuat permohonan rumah jenis A
  • Hanya satu jenis rumah sahaja boleh dipohon
  • Rumah yang dibeli hendaklah didiami dan bukan untuk disewa
  • Pemohon yang telah mendaftar akan disenaraikan dalam senarai menunggu. Jika masih lagi dalam senarai menunggu selama 2 tahun, pemohon perlu membuat permohonan baru jika masih berminat
  • Permohonan pindah milik dibenarkan selepas 5 tahun dari perjanjian jual-beli dengan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri

Penambahan Syarat-Syarat Pendaftaran Rumah Selangorku

  • Semua permohonan yang telah berdaftar sebelum 2008 dan masih belum ditawarkan rumah dan masih berminat perlu membuat permohonan baru
  • Gaji minimum untuk permohonan Rumah Selangorku jenis B, C dan D adalah tidak melebihi RM 10,000
  • Hanya satu sahaja permohonan dibenarkan sama ada jenis A, B, C dan D
  • Jika pemohon telah menolak tawaran, nama pemohon dijadikan tidak aktif selama 2 tahun. Jika ingin membuat permohonan pemohon perlu membuat permohonan baru
  • Bermula 1 Januari 2015, tempoh sah laku permohonan adalah 2 tahun. Setelah itu, jika tidak mendapat tawaran lagi nama anda akan dikeluarkan dari senarai menunggu tawaran dan perlu membuat permohonan baru
  • Bermula 1 Januari 2015, semua permohonan untuk Rumah Selangorku jenis B, C dan D serta permohonan kedai/industri mampu milik hendaklah dibuat secara online
  • Data permohonan tidak layak akan dikekalkan dalam sistem. Jika ada permohonan untuk mengemas kini status tidak layak, dokumen perlu disediakan oleh pemohon dan akan dinilai oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama

Jenis Dan Spesifikasi Rumah Selangorku

JENIS RUMAHKELUASAN (KPS)HARGA (RM)PENDAPATAN
Rumah Selangorku Jenis A70042,000< RM 3,000
Rumah Selangorku Jenis B750100,000 – 250,000*< RM 10,000
Rumah Selangorku Jenis C800
900
18′ x 60′
100,000 – 250,000*< RM 10,000
Rumah Selangorku Jenis D1,000
20′ x 60′
100,000 – 250,000*< RM 10,000

*Penetapan harga adalah tertakluk kepada kelulusan MMKN

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Permohonan Rumah Selangorku

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Surat pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah jika bekerja sendiri bagi pemohon belum berkahwin
  • Salinan surat nikah/daftar perkahwinan/surat cerai/sijil kematian pasangan
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
  • Surat akuan sumpah daripada pesuruhjaya sumpah jika pasangan tidak bekerja
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah jika bekerja sendiri
  • Penyata KWSP jika ada

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai masalah, sila rujuk maklumat dibawah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan:

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
Tingkat 5, Podium Utara
Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam