Permohonan pendaftaran darjah 1 tahun 2025-2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengaktifkan sistem Aplikasi Permohonan Pendaftaran murid ke darjah 1 ambilan tahun 2025 dan 2026. Melalui pendaftaran secara online ini secara tidak langsung dapat memudahkan ibu bapa membuat pendaftaran anak mereka ke tahun 1 dengan mudah di mana-mana sahaja.

Bagi ibu bapa atau penjaga yang mahu membuat permohonan daftar anak / jagaan ke tahun boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1, idme.moe.gov.my, iaitu  laman sesawang Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam KPM. Sistem ini hanya boleh digunakan pada tarikh yang ditetapkan sahaja. Setiap tahun, KPM akan membuka portal tersebut untuk memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka ke sekolah.

Pendaftaran permohonan murid ke tahun ambilan 2025 dan 2026 boleh dibuat oleh ibubapa / penjaga yang mempunyai anak / jagaan mengikut tarikh kelahiran seperti di bawah.

Sesi Persekolahan Mengikut Persekolahan Mengikut Tahun Kelahiran

Persekolahan Tahun 2025
Bagi yang lahir pada 2.1.2018 hingga 1.1.2019 sahaja

Mengenalpasti tahun kelahiran anak / jagaan masing-masing untuk sesi kemasukan tahun persekolahan yang berkenaan adalah penting bagi mengelakkan ibu bapa membuat sebarang kesilapan semasa melengkapkan butiran dalam sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1, idme.moe.gov.my.

Tarikh Permohonan Pendaftaran Online Tahun 1 Ambilan 2025-2026

DIBUKA : 2 Mei 2024

DITUTUP : 30 Jun 2024

Sistem Aplikasi Permohonan Pendaftaran Ke Tahun 1 Ambilan 2025 / 2026

Sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1 dibangunkan bagi memudahkan permohonan dan pendaftaran ke tahun 1 tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa atau penjaga yang pertama kali menggunakan Sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1, idme.moe.gov.my perlu membuat pendaftaran akaun sebagai pengguna sistem tersebut (Daftar Pengguna Baru) supaya dapat mengakses sepenuhnya sistem permohonan online.

Panduan Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Murid Darjah 1 Tahun 2025 / 2026

1) Layari Sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1.

https://idme.moe.gov.my/login

2) Bagi Ibu bapa / penjaga yang pertama kali menggunakan Sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1 perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu, sila klik pada judul pautan di bawah.

Daftar Akaun Pengguna

Setelah berjaya mendaftar sebagai pengguna, sila log masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan katalaluan seperti yang didaftarkan.

Manual Pengguna | Panduan Lengkap Pendaftaran 1

Daftar Masuk » Tahun 1 » Permohonan Baharu

Sistem Aplikasi Permohonan Pendaftaran ke Tahun 1 Ambilan 2025 / 2026

Sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1 dibangunkan bagi memudahkan permohonan dan pendaftaran ke tahun 1 tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa atau penjaga yang pertama kali menggunakan Sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1, public.moe.gov.my perlu membuat pendaftaran akaun sebagai pengguna sistem tersebut (Daftar Pengguna Baru) supaya dapat mengakses sepenuhnya sistem permohonan online.

Info Berkaitan

Permohonan Masuk Prasekolah