Semakan keputusan PSPM 2023/2024 SDS SES Matrikulasi

Matrikulasi merupakan pusat pengajian di bawah kelolaan Kementrian Pendidikan Malaysia yang menyediakan pengajian pra-universiti untuk mempersiapkan pelajar untuk ke peringkat ijazah. Program ini terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sehingga kini, ramai graduan dari universiti terkemuka tempatan merupakan bekas pelajar lepasan matrikulasi.

Terdapat dua program yang disediakan di matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertama Program Satu Tahun (SDS) di mana program ini mempunyai dua semester pengajian. Manakala Program Dua Tahun (SES) pula mempunyai empat semester pengajian. Terdapat tiga kursus yang pelajar boleh pilih iaitu kursus sains hayat, sains fizikal dan perakaunan. Pelajar perlu menduduki peperiksaan semester yang diadakan dan mendapat keputusan yang cemerlang bagi menempatkan diri di universiti awam untuk peringkat ijazah.

Pelajar perlu mengekalkan keputusan yang baik sepanjang pengajian. Keputusan yang terbaik adalah dengan memperoleh gred PNGK 4.00. Namun jika pelajar berjaya memperoleh gred PNGK 3.00 dan ke atas dan berjaya konsisten sepanjang pengajian itu sudah memadai.

Cara Membuat Semakan Keputusan PSPM Peperiksaan Matrikulasi SDS SES Sesi 2022-2023

Semua pelajar matrikulasi akan menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Justeru itu, bagi memudahkan pelajar dan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan terdapat beberapa cara untuk berbuat demikian.

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan peperiksaan bagi kedua dua program iaitu SDS dan SES:

Hebahan Keputusan PSPM SESI 2022-2023 (Calon PSPM Semester I & III)

TARIKH : 8 Mac 2023 (Rabu)

WAKTU : 10:01 Pagi

Cara Membuat Semakan Keputusan Peperiksaan PSPM Matrikulasi

Berikut merupakan cara-cara membuat semakan untuk calon SDS dan SES Semester I & III sesi 2022-2023:

I) Semakan Secara Atas Talian (Online)

II) Semakan Di Kolej Masing-Masing

  • Keputusan boleh diperoleh melalui edaran slip peperiksaan

III) Semakan Melalui Panggilan Telefon

  • Pelajar boleh menghubungi kolej masing-masing untuk membuat semakan atau menghubungi Sektor Pengurusan Peperiksaan, Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4083/ 4020

IV) Semakan Melalui Sms

  • MOE<jarak>MAK<jarak>NoKP& SMS ke 15888

Maklumat Lanjut

Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan mereka boleh berbuat demikian dengan merujuk kepadaPanduan Proses Semakan Semula Dan Borang Semak Semula PSPM SDS SES Matrikulasi

  1. Proses Semakan Semula adalah dilaksanakan selepas pengumuman rasmi keputusan dan kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti dalam syarat/peraturan
  2. Semester 1, borang permohonan dihantar melalui kolej manakala untuk Semester 2, borang permohonan dihantar terus ke Bahagian Matrikulasi KPM