Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke kolej matrikulasi boleh berbuat demikian dengan melayari laman sesawang rasmi mereka. Program matrikulasi merupakan satu program pra-universiti di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk pelajar lepasan SPM. Graduan daripada program ini berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah di universiti awam jika keputusan mereka menepati syarat minima yang ditetapkan.
Kolej matrikulasi kini telah banyak perubahan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. KPM telah menaik taraf sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih sistematik. Kemudahan untuk pelajar juga telah ditambah baik bagi memastikan kebajikan pelajar terjaga. Kolej matrikulasi juga telah banyak dibina diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi menarik minat belia dalam negara untuk menimba ilmu.
Untuk pengetahuan semua, terdapat dua program yang ditawarkan di kolej matrikulasi iaitu program satu tahun dan program dua tahun. Bagi pelajar yang berminat, anda dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu. Pemohon perlu membuat kajian yang teliti sebelum membuat keputusan kerana sijil lepasan matrikulasi tidak boleh digunakan untuk tujuan mencari pekerjaan. Ia hanya boleh digunakan untuk kemasukan ke universiti awam di peringkat ijazah.
PERMOHONAN MATRIKULASI 2021-2022
Permohonan kemasukan ke kolej matrikulasi semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar kini. Oleh itu, bagi memudahkan pemohon kami kongsikan beberapa info penting tentang permohonan kemasukan ke matrikulasi. Sila rujuk jadual di bawah untuk info lanjut:
TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN UPU Online | ||
Dibuka | Ditutup | |
21 Oktober 2019 | 31 Disember 2019 | |
Berikut dikongsikan pautan pendaftaran UPU Online: | ||
Pendaftaran Hanya Terbuka Kepada: | ||
No. unik ID BSN masih diperlukan semasa permohonan pada Bulan Februari /Mac 2020 iaitu semasa pemilihan program. Penjualan No.Unik ID bagi Permohonan kemasukan yang akan dimaklumkan kemudian. | ||
Berikut dikongsikan manual pengguna yang disediakan untuk pemohon spm dan pemohon STPM: | ||
MAKLUMAT PENTING PENDAFTARAN PERMOHONAN UPU ONLINE | ||
TARIKH PERMOHONAN MATRIKULASI | ||
Buka | Tutup | |
24 Februari 2020 | 31 Mac 2020 | |
Tarikh di atas adalah tarikh rasmi seperti yang telah dimaklumkan oleh KPM. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE MATRIKULASI |
SISTEM PERMOHONAN MATRIKULASI ONLINE | ||
PERMOHONAN ONLINE KE MATRIKULASI | ||
SYARAT KEMASUKAN KE MATRIKULASI |
Pautan di bawah merupakan syarat kemasukan ke matrikulasi mengikut program satu tahun dan dua tahun. Pemohon dinasihatkan membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut: |
PERTANYAAN |
Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan cara berikut: |
No telefon: 03-8884 4083/4036/4040 |