Permohonan Bantuan Harapan Negara dan syarat kelayakan BHN 2020

Malaysia amat menitikberatkan tentang hal kebajikan para pekerja tidak kiralah dari sektor awam mahupun swasta. Ianya termasuklah juga golongan para pesara kerajaan dengan wujudnya organisasi seperti Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pada tahun 2019, Menteri Pertahanan baru sahaja mengumumkan Bantuan Harapan Negara 2019 untuk diberikan kepada Veteran ATM. Permohonan Bantuan Harapan Negara (BHN) perlu dilakukan kepada individu veteran ATM yang layak.

Berdasarkan Portal Rasmi JHEV, definisi Veteran ATM adalah rakyat Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dalam salah satu daripada pasukan keselamatan di Malaysia iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa tanpa mengira tempoh khidmat, Force 136, Tentera British yang berkhidmat di Malaysia/ Singapura (British Army) atau Sarawak Rangers.

Bantuan Harapan Negara  2019 ini adalah inisiatif yang menggantikan Bantuan Bakti Negara (BBN) 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) 2013. Ianya turut mengambil kira kumpulan Veteran ATM Berpencen yang tidak mendapat sebarang bantuan kewangan secara one-off sebelum ini. BHN 2019 juga lebih disasarkan kepada penerima Veteran ATM yang berada dalam kumpulan B40.

Dalam pengumuman oleh Menteri Pertahanan, seramai 95,111 Veteran ATM akan menerima BHN 2019 dengan jumlah RM500 seorang bermula 27 Mei 2019. Bayaran bantuan peringkat pertama tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM47.5 juta kepada veteran berpencen dan juga yang tidak berpencen. Bantuan tersebut diharapkan dapat meringankan bebanan veteran bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Pembayaran peringkat kedua pula dilaporkan akan dibuat sekitar bulan Oktober 2019 nanti.

Permohonan BHN Bantuan Harapan Negara 2020 Serta Syarat Kelayakan

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai permohonan Bantuan Harapan Negara 2019 termasuklah cara membuat permohonan beserta perincian syarat kelayakan mendapatkan bantuan ini sebagai rujukan. Bagi tahun 2020 akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan.

Tarikh Rasmi Permohonan Bantuan Harapan Negara 2019

Dibuka : 14 April 2019

Ditutup : 1 Oktober 2019

Tarikh tersebut tertakluk kepada pindaan dan makluman rasmi oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa

 Syarat Dan Kriteria Bantuan Harapan Negara 2019

  1. Pemohon merupakan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  2. Mempunyai Tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) sebelum/pada 31 Disember 2019
  3. Pemohon bermastautin di Malaysia
  4. Pemohon adalah Veteran yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan
  5. Adalah perlu membuat permohonan untuk mendapatkan BHN 2019 bagi
  6. Veteran ATM Tidak Berpencen yang belum pernah memohon Bantuan SVTB1M dan BBN 2017
  7. Bakal Veteran ATM (TTP sebelum /pada 31 Disember 2019)
  8. Veteran dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah (B40)

Bantuan tidak dipanjangkan kepada duda/balu/tanggungan/waris

Cara Membuat Permohonan Bantuan Harapan Negara 2019

Permohonan Bantuan Harapan Negara 2019 boleh dibuat melalui dua cara iaitu:

A) SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

PERMOHONAN ONLINE BHN 2019

  1. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Tentera  serta isikan Kod Pengesahan dalam ruang yang disediakan dan klik Hantar
  2. Isi dan lengkapkan borang secara atas talian
  3. Sila simpan salinan permohonan sebagai tujuan rekod pendaftaran

B) SECARA PENGISIAN BORANG (MANUAL)

BORANG PERMOHONAN BHN 2019

Borang Permohonan Secara Manual BHN 2019
  1. Selain boleh memuat turun borang permohonan secara manual menerusi pautan di atas, Borang BHN 2019 juga boleh didapatkan secara percuma di:
  2. Ibu Pejabat JHEV/ Pejabat JHEV Cawangan Negeri / Persatuan Veteran ATM (PVATM)
  3. Setelah selesai diisi, sila kembalikan Borang BHN 2019 di tempat yang sama atau mana-mana pejabat Persatuan-persatuan Veteran ATM

Dokumen Yang Perlu Dikemukan Bagi Permohonan BHN 2019

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad / MyTentera)
  • Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92)/Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua muka surat atau Surat Pengesahan Perkhidmatan; atau Arahan Dokumentasi Persaraan/Tamat Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP)

Klik LinkContoh Dokumen Sokongan Buku Pengakuan Perkhidmatan

  • Salinan Kad Bekas Tentera/ Kad Veteran (Sekiranya ada)
  • Salinan buku akaun bank persendirian yang masih aktif (hanya muka surat yang tercatat nama dan no. akaun sahaja) atau penyata akaun bank
  • Salinan slip gaji bulanan terkini atau bukti pendapatan

Klik LinkBorang Pengesahaan Pendapatan

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik pautan di bawah:

  • Jabatan Hal Ehwal Vateren ATM, 301 Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50802 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Call Centre BHN Hot Line: 03 2697 6600

Portal Rasmi BHN di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)

Soalan Lazim (FAQ)