Senarai Perdana Menteri Malaysia Dan Timbalan Yang Terkini

Jawatan Perdana Menteri merupakan jawatan terpenting di Malaysia. Perdana Menteri merupakan ketua pemerintah tertinggi dalam kerajaan demokrasi berparlimen Malaysia. Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Rakyat. Ahli Dewan rakyat pula dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang diadakan lima tahun sekali atau lebih awal. Gelaran yang diperoleh oleh pemegang jawatan Perdana Menteri adalah Yang Amat Berhormat.

Kebiasaannya pelantikan Perdana Menteri adalah daripada parti komponen terkuat dalam Dewan Rakyat. Kemudian nama Perdana Menteri dan senarai Ahli kabinet akan dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Kemudian istiadat Pelantikan akan diadakan di Istana Negara. Kediaman rasmi Perdana Menteri adalah di Seri Perdana manakala pejabat Perdana Menteri pula bertempat di Perdana Putra, Putrajaya.

Tugas Perdana Menteri amat penting dalam sesebuah negara. Perdana Menteri merupakan penasihat Yanf Di-Pertuan Agong dalam hal ehwal pemerintahan negara. Beliau juga yang akan memaklumkan kepada Yang Di-Pertuan Negara tentang dasar kerajaan. Beliau juga yang akan mempengurusikan mesyuarat kabinet yang diadakan setiap minggu. Selain itu, Perdana Menteri juga merupakan jurucakap kerajaan dalam hal ehwal dalam negeri. Banyak lagi tugas-tugas sebagai seorang Perdana Menteri dan ternyata ia bukan tugas yang mudah.

Senarai Perdana Menteri Malaysia Serta Timbalan Terkini Dan Tempoh Perkhidmatan

Berikut merupakan senarai nama tokoh yang pernah menjawat jawatan Perdana Menteri bermula daripada tarikh kemerdekaan Tanah Melayu hingga kini. Turut dikongsikan adalah senarai nama individu yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri:

Peranan Perdana Menteri

Antara tugas Perdana Menteri adalah menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam perkara seperti:

  • Perlantikan 44 daripada 70 senator
  • Pemanggilan atau penagguhan sidang Dewan Rakyat
  • Perlantikan peguam negara dan ahli suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pilihanraya Suruhanjaya Pasukan Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Angkatan Tentera
  • Perlantikan hakim-hakim mahkamah atasan (iaitu Mahkamah-Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan)
  • Perlantikan Yang Di-Pertua Negeri bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri Malaysia Pertama
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Gelaran: Bapa Kemerdekaan
Tempoh: 1955-1970

Perdana Menteri Malaysia Kedua
Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Haji Hussein

Gelaran: Bapa Pembangunan
Tempoh: 1970-1976

Perdana Menteri Malaysia Ketiga
Tun Hussein bin Dato’ Onn

Gelaran: Bapa Perpaduan
Tempoh: 1976-1981

Perdana Menteri Malaysia Keempat
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Gelaran: Bapa Pemodenan
Tempoh: 1981-2003

Perdana Menteri Malaysia Kelima
Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Gelaran: Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia
Tempoh: 2003-2009

Perdana Menteri Malaysia Keenam
Dato’ Seri Najib bin Tun Razak

Gelaran: Bapa Transformasi
Tempoh: 2009-2018

Perdana Menteri Malaysia Ketujuh
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Gelaran: Bapa Pemodenan
Tempoh: 2018-2020

Perdana Menteri Malaysia Kelapan
Tan Sri Muhyiddin/ Mahiaddin Bin Md Yassin

Gelaran: –
Tempoh: 2020-kini

Senarai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

No.NAMA TIMBALAN PERDANA MENTERITEMPOH
1Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein1957-1970
 2Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman1970-1973
3Tun Hussein bin Dato’ Onn1973-1976
4Tun Dr. Mahathir bin Mohamad1978-1981
5Tun Musa bin Hitam1981-1986
6Tun Ghafar bin Baba1986-1993
7Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim1993-1998
8Tun Abdullah bin Ahmad Badawi1999-2003
9Dato’ Seri Najib bin Razak2004-2009
10Tan Sri Muhyiddin bin Yassin2009-2015
11Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi2015-2018
12Dato’ Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail2018-2020
11Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob2021-kini