Siaran langsung pelancaran Manifesto PRU14 BN Barisan Nasional 2018

Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto secara besar-besaran pada hari Sabtu, 7 April 2018 sekali gus memberi bayangan awal bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal diadakan tidak lama lagi.

Pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pada jam 8:30 malam. Difahamkan Manifesto BN yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu juga ditambah baik mengikut keadaan semasa rakyat.

Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pastinya menjanjikan satu penyampaian yang lebih komprehensif, inklusif dan menampilkan banyak idea baru untuk memenuhi aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

Manifesto juga adalah aku janji terbaik bagi menterjemahkan usaha BN dalam memperjuangkan nasib rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang sekiranya BN terus diberi mandat untuk menerajui negara.

Dengan pelancaran manifesto PRU14 sekali gus memberi gambaran bahawa kemungkinan besar Pilihan Raya Umum akan diadakan seawal hujung bulan April ini atau awal Mei depan.

Live Streaming Majlis Pelancaran Manifesto PRU14 Barisan Nasional (BN)

Barisan Nasional (BN) pastinya akan menjadikan manifesto PRU14 sebagai yang terbaik dalam mengutamakan nasib rakyat.

Siaran Langsung Pelancaran Manifesto BN – PRU14

Info Dan Butiran

Tarikh dan masa – 7 April 2018 (Sabtu) jam 8:30 malam

Tempat – Dewan rakyat, Parlimen Malaysia

Siaran langsung – Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan disiarkan secara siaran langsung di semua stesen penyiaran awam dan berbayar di Malaysia

Infografik –Intipati Penuh Manifesto Barisan Nasional (BN)