Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) adalah pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan ijazah universiti yang telah mendapatkan latihan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Antara jawatan pegawai lepasan INTAN adalah pegawai daerah, pegawai tadbir diplomatik dan lain-lain. Melalui hebahan daripada laman facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), permohonan untuk jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 telah dibuka untuk pemohon yang berminat mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Antara tugas-tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik adalah menjadi perancang, penggubal dasar-dasar awam dan melaksanakan dasar-dasar awam tentang pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan dan ekonomi. PTD juga bertanggungjawab dalam membangunkan wilayah, daerah, tempatan dan tanah. Sebagai PTD juga mereka bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pegawai kerajaan seperti PTD boleh membuat permohonan di laman sesawang rasmi SPA melalui pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i. Pemohon dinasihatkan membuat semakan syarat kelayakan terlebih dahulu serta ciri-ciri individu seperti yang dikehendaki untuk menjadi PTD. Kekosongan adalah terhad oleh itu sesiapa yang berminat dan berkelayakan dinasihatkan untuk membuat permohonan segera secara atas talian/ online.

Permohonan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41

Berikut merupakan cara membuat permohonan jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan jawatan PTD. Turut dikongsikan adalah lain-lain info penting berkaitan jawatan kosong PTD:

Tarikh Tutup Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD)

TARIKH Tutup : 17 Februari 2019
JAM : 11:59 malam

Terdapat 400 kekosongan untuk diisi sebagai PTD M41 dan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan

Calon yang sudah mendaftar permohonan tidak perlu membuat permohonan lagi. Namun tempoh sah laku permohonan adalah setahun

Tiada surat menyurat dan penghantaran resume diperlukan

Cara Membuat Permohonan Dan Mendaftar Jawatan PTD M41

Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan berkaitan kekosongan jawatan PTD:

PERMOHONAN JAWATAN PTD

I) Jika anda pengguna kali pertama, sila buat pendaftaran MyID dengan klik pada butang daftar akaun baru

II)Sila isi dengan lengkap butiran yang diperlukan dan pastikan anda ingat kata laluan dan soalan keselamatan seperti yang terdapat pada skrin

III)Jika semua maklumat sudah diisikan sila tekan butang daftar

IV) Untuk membuat permohonan sila masukkan MyID serta kata laluan yang telah didaftarkan dan lengkapkan permohonan anda

Jadual Gaji Kumpulan Pengurusan Dan Profesional JPA

Gaji Minimum
RM 2,422.00
Gaji Maksimum
RM 9,631.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

  1. Calon mestilah warganegara Malaysia
  2. Calon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh tutup iklan jawatan ini
  3. Berkelulusan akademik seperti:
    • Berkelulusan ijazah sarjana muda kepujian yang mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    • Berkelulusan  ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    • Berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  4. Calon mestilah lulus peperiksaan perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang telah ditetapkan
  5. Calon mestilah hadir dan lulus Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam di Institut tadbiran Awam Negara (INTAN)
  6. Calon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

Maklumat Lanjut Pendaftaran Pekerjaan Kerajaan

Sebarang info lain anda boleh muat turun senarai FAQ dan juga manual panduan pengguna untuk pendaftaran pekerajaan di sektor awam melalui Borang SPA8i seperti di pautan berikut: