Jadual Siaran Langsung MotoGP 2022 Di Saluran RTM & Astro

Bagi semua peminat tegar MotoGP di luar sana, musim kejohanan MotoGP 2021 telah pun bermula. Dapat dilihat penampilan pasukan-pasukan yang bertanding mewakili jenama motosikal ternama di seluruh dunia seperti Ducati, Yamaha, Honda, KTM, Aprilia dan Suzuki. MotoGP ataupun Grand Prix Motorcycle Racing merupakan sukan perlumbaan motosikal yang dikendalikan oleh Federation International de Motocyclisme (FIM) yang diadakan setiap tahun dan dijalankan di trek perlumbaan ternama dari negara yang berbeza. Kejohanan MotoGP pada kali ini menyaksikan Malaysia kembali menjadi tuan rumah pada pusingan yang ke-20 yang akan berlangsung pada 23 Oktober 2022 di Litar Sepang

Menjuarai MotoGP pada kejohanan musim lepas adalah penunggang berbangsa Perancis iaitu Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha dengan jurang perbezaan 26 mata berbanding pencabar terdekat Francesco Bagnaia daripada pasukan Ducati Lenovo Team.

Pelumba sulung negara dalam kategori MotoGP iaitu Hafizh Syahrin yang sebelum ini menjadi kebanggaan Malaysia dan merupakan penunggang pertama dari Asia Tenggara yang bertanding dalam kejohanan ini akan tidak akan bertanding. Wakil pelumba negara yang lain seperti Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin juga tidak bertanding untuk mana-mana pasukan bagi edisi MotoGP kali ini.

Seiring pencapaian pelumba negara, Malaysia kini dapat berbangga kerana mempunyai pasukan MotoGP yang tersendiri melalui Petronas Yamaha SRT. Walaupun dilihat masih setahun jagung, pasukan ini dilihat mampu memberi cabaran yang sengit kepada pasukan-pasukan lain yang bertanding. Pada Musim 2022, pasukan ini dikenali dengan nama WithU Yamaha RNF.

Kejohanan MotoGP musim kali ini telah pun bermula sejak 6 Mac yang lalu dan akan tamat pada bulan November 2022. Astro telah memperoleh hak untuk menjadi salah satu penyiar berlesen bagi kejohanan MotoGP dan secara tidak langsung dapat menyediakan tayangan buat rakyat Malaysia.

Bagi edisi ke-73 sebelum ini, RTM telah menyiarkan beberapa aksi litar perlumbaan MotoGP yang merangkumi perlumbaan secara langsung. Namun bagi tahun 2022, siaran langsung oleh RTM akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Para penonton boleh menikmati tayangan perlawanan menerusi saluran SPOTV serta laman sesawang dan Astro Go.

Jadual Live MotoGP 2022 Di Saluran RTM & Astro

Perlumbaan MotoGP 2022 yang seterusnya akan berlangsung pada 20 Mac di Pertamina Mandalika Circuit, Indonesia. Siaran langsung perlawanan tersebut dapat ditonton di SPOTV.

Berikut dikongsikan Jadual Siaran Langsung MotoGP 2022 yang disiarkan dan tidak disiarkan oleh RTM. RTM akan menyiarkan sejumlah (akan dikemaskini) kejohanan semua sekali di mana dua jenis siaran akan ditayangkan secara langsung iaitu sesi kelayakan pada hari Sabtu dan Acara Perlumbaan pada hari Ahad.

Maklumat yang disertakan termasuk tarikh dan masa siaran langsung ditayangkan serta lokasi acara dijalankan. Waktu acara berlangsung adalah mengikut waktu tempatan di Malaysia dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jadual Siaran Langsung MotoGP

BilTarikhMasaAcaraTempatLive
16 MacBarwa Qatar Motorcycle Grand PrixLosail International Circuit, Qatarlogo spottv
220 MacGrand Prix of IndonesiaPertamina Mandalika Circuit, Indonesialogo spottv
33 AprGran Premio Michelin de la Republica ArgentinaTermas de Rio Hondo Circuit, Argentinalogo spottv
410 AprRed Bull Grand Prix of AmericasCircuit Of The Americas, Amerika Syarikatlogo spottv
524 AprGrande Premio de PortugalAlgarve International Circuit, Portugallogo spottv
61 MeiSpanish Motorcycle Grand PrixCircuito de Jerez – Angel Nieto, Sepanyollogo spottv
715 MeiFrench Motorcycle Grand PrixLe Mans. Perancislogo spottv
829 MeiItalian Motorcycle Grand PrixAutodromo Internazionale del Mugello, Italilogo spottv
95 JunCatalan Motorcycle Grand PrixCircuit de Barcelona-Catalunya, Sepanyollogo spottv
1019 JunGerman Motorcycle Grand PrixSachsenring, Jermanlogo spottv
1126 JunDutch TTTT Circuit Assen, Belandalogo spottv
1210 JulaiFinland Motorcycle Grand PrixKymi Ring, Finlandlogo spottv
137 OgosBritish Motorcycle Grand PrixSilverstone Circuit, Great Britainlogo spottv
1421 OgosAustrian Motorcycle Grand PrixRed Bull Ring – Spielberg, Austrialogo spottv
154 SepSan Marino and Rimini’s Coast Motorcycle Grand PrixMisano World Circuit Marco Simoncelli, Italilogo spottv
1618 SepAragon Motorcycle Grand PrixMotorLand Aragon, Sepanyollogo spottv
1725 SepJapanese Motorcycle Grand PrixTwin Ring Motegi, Jepunlogo spottv
1818 OktThailand Motorcycle Grand PrixChang International Circuit, Thailandlogo spottv
1916 OktAustralian Motorcycle Grand PrixPhillip Island, Australialogo spottv
2023 OktMalaysian Motorcycle Grand PrixSepang International Circuit, Malaysialogo spottv
216 NovValencian Community Motorcycle Grand PrixCircuit Ricardo Tormo, Sepanyollogo spottv