Tarikh lihat dan tempat mencerap anak bulan Ramadhan 2024 1445H

Program atau aktiviti mencerap anak bulan Ramadhan bagi tujuan penetapan permulaan tarikh awal puasa Ramadan tahun ini 2024 / 1445H untuk umat Islam di Malaysia akan dimaklumkan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sebagai makluman kepada umat Islam di Malaysia, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan pada malam itu juga berkenaan dengan tarikh permulaan puasa Ramadhan di Malaysia melalui radio dan televisyen.

Tarikh Program Mencerap Anak Bulan Ramadan 2024 1445H Bagi Penetapan Awal Puasa

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan bagi penetapan awal puasa pada lewat petang hari Ahad, 10 Mac 2024 di lokasi seluruh negeri di Malaysia seperti di bawah.

Program Mencerap Anak Bulan Ramadan Tahun Ini 2024-1445H

Tarikh : 10 Mac 2024

Waktu : Lewat Petang

Lokasi Program Mencerap Anak Bulan Ramadan Tahun Ini 2024-1445H

NegeriLokasi
PerlisKuala Sungai Baru, Simpang Empat
KedahKampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar, Alor Setar
Pulau PinangPusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
PerakPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Kuala LumpurMenara Kuala Lumpur
SelangorBukit Melawati
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
PutrajayaPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Negeri SembilanTelok Kemang, Port Dickson
MelakaKompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
JohorPontian Kecil
PahangBukit Tanjong Batu, Nenasi
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Bukit Pelindung, Kuantan
TerengganuBukit Besar, Kuala Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman
Pulau Perhentian, Besut
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
KelantanBukit Peraksi, Pasir Putih
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
SarawakTanjung Lubang, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Bintulu
SabahBalai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
LabuanTingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan