Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2024 (LMTS)

Anggaran secara kasar seramai 25,000 orang daripada rakyat negeri Terengganu yang terdiri daripada para belia berumur di antara 16 hingga 40 tahun berpeluang mendapat lesen motosikal percuma seperti diumumkan oleh Kerajaan PAS Terengganu. Ianya menerusi Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang baru diperkenalkan pada tahun 2019 lalu.

Kerajaan PAS Terengganu melalui manifesto pada pilihanraya umum ke 14 sebelum ini ingin merealisasikan harapan mereka untuk membuat pemberian lesen motosikal secara percuma melalui program LMTS bagi golongan belia yang layak. Kepada mereka yang berminat, sila layari laman sesawang iDana Terengganu untuk membuat permohonan. Untuk memudahkan para pemohon, mereka yang layak boleh membuat permohonan sendiri secara online dengan menggunakan Sistem Agihan Bantuan.

Bagi bantuan ini, kerajaan negeri Terengganu telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM7 juta dana bagi bantuan mendapatkan lesen motosikal B2 yang mensasarkan folongan belia serta beliawanis yang berusia antara 16 hingga 40 tahun.

Permohonan LMTS Online Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2024

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, program ini akan diteruskan pada tahun 2023. Berikut merupakan panduan kepada pemohon serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan lesen memandu B2 secara percuma menerusi sistem yang telah disediakan oleh kerajaan negeri Terengganu. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan bantuan LMTS 2023 ini boleh memohon melalui cara yang disediakan berikut.

Permohonan LMTS Secara Atas Talian

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMRSO boleh dilakukan secara atas talian melalui Portal Rasmi Bantuan Terengganu iDana yang dinyatakan seperti berikut:

Peringatan penting semasa membuat permohonan:

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan pada butang SEMAK
  • Tanda pada kotak Lesen B2 dan tekan pada butang PERMOHONAN BARU
  • Baca syarat kelayakan dan tandakan pada kotak pengakuan serta tekan pada butang SETUJU
  • Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan tekan pada butang HANTAR PERMOHONAN setelah selesai isi kesemua maklumat anda

Tarikh Permohonan LMTS 2024

Bagi tahun 2023 akan dikemaskini sekiranya ada. Bagi tahun sebelum ini adalah seperti berikut:

BUKA : 6 Mac 2023

TUTUP : 20 Mac 2023

Harap maklum bahawa kepada pemohon yang telah layak mendapat bantuan ini dijangka akan menerima bantuan dalam bentuk baucar. Baucar tersebut boleh didapatkan pada tarikh yang akan dikemaskini. Dengan menggunakan baucar tersebut, penerima hendaklah membawanya ke mana-mana Institut Latihan Memandu yang berdaftar serta terpilih di negeri Terengganu sahaja. Kemudian pemohon akan menjalani latihan dan peperiksaan sehingga lulus seterusnya berjaya mendapatkan lesen motosikal B2 anda

Syarat-Syarat Permohonan LMTS 2023

Berikut merupakan syarat -syarat  yang perlu dipenuhi pemohon bagi mendapatkan bantuan LMTS 2023:

SYARAT UTAMA BANTUAN

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

SYARAT KELAYAKAN LMTS

  1. Pemohon berumur 16 tahun hingga 40 tahun semasa tarikh permohonan dibuka (Bagi pemohon 16 & 17 tahun, permohonan mestilah dibuat oleh ibu/bapa/penjaga pemohon).
  2. Penerima yang lulus LMTS pada tahun sebelum ini, TIDAK LAYAK memohon bagi LMTS 2023.
  3. Pemohon yang BEKERJA, pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
  4. Pemohon yang TIDAK BEKERJA, jumlah pendapatan ISI RUMAH tidak melebihi RM2,500 sebulan.
  5. Pemohon mestilah bebas daripada KES SAMAN dan MAHKAMAH.
  6. Pemohon OKU layak memohon untuk lesen B2 sahaja.
  7. Latihan/kursus hanya boleh melibatkan Institut Memandu (IM) yang berdaftar dengan pihak TSIS sahaja.
  8. Kos yang ditanggung melibatkan kos membuat lesen, MYeG, SST dan insurans sahaja.
  9. Kelulusan program LMTS hanya sekali SAHAJA bagi setiap pemohon.
  10. Permohonan boleh DITOLAK sekiranya maklumat TIDAK BENAR dan TIDAK LENGKAP.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan Permohonan LMTS 2023

Sekiranya anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan LMTS 2023, anda boleh menghubungi butiran yang telah disediakan seperti berikut:

  • Tel. : 09-623 1957
  • Fax : 09-625 1990
  • Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terenggganu Tingkat 15, Wisma Darul Iman 20503 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
  • E-mail : webmastersuk@terengganu.gov.my