Senarai Sekolah Menengah Teknik Dan Kursus Yang Ditawarkan

Sekolah Menengah Teknik (SMT) merupakan sebuah sekolah milik kerajaan Malaysia yang menjurus ke Sijil Pelajaran Malaysia Aliran Teknikal di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). SMT menawarkan pengajian peringkat menengah atas, terbuka kepada mereka yang berminat dalam pendidikan sains dan teknologi. SMT melahirkan pelajar separa mahir dalam bidang sains dan teknologi yang amat diperlukan kemahiran mereka ketika ini. Untuk ke peringkat lebih tinggi pelajar boleh melanjutkan pengajian ke mana-mana universiti awam di Malaysia atau luar negara.

Sistem dan silibus di SMT sentiasa dipantau oleh KPM bagi memastikan menepati piawaian yang telah ditetapkan. Bagi menjamin keselesaan pelajarnya juga kemudahan asas sekolah sentiasa ditambah baik bagi memastikan keselesaan pelajar terjamin. Dari segi pencapaian akademik juga keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar lepasan SMT juga boleh dikatakan terbaik. Mereka juga mampu bersaing dengan sekolah-sekolah kerajaan yang lain.

Pihak kerajaan telah mengangkat taraf pendidikan SMT setaraf dengan sekolah yang lain. Pembinaan SMT juga telah diperbanyakkan bagi menampung kemasukan pelajar baharu setiap tahun. Pelajar yang berminat untuk menjadi pelajar SMT boleh membuat kajian secara terperinci aliran yang ingin diambil bersesuaian dengan minat masing-masing. Pelajar juga digalakkan menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Senarai SMT Sekolah Menengah Teknik Dan Kursus/ Jurusan Yang Ditawarkan

Bagi pelajar yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pelajar SMT anda boleh membuat semakan terlebih dahulu kursus yang ditawarkan. Berikut kami kongsikan senarai SMT dan kursus yang ditawarkan bagi memudahkan pelajar:

Senarai SMT Dan Kursus Yang Ditawarkan

SEKOLAHNO TEL & ALAMATKURSUS YANG DITAWARKANPAUTAN
 Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB)07 236 1028
Susur 7, Jalan Tun Abdul Razak, 81200 Johor Bahru, Johor
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Perdagangan
Sains Pertanian
 Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar (STTJ)06 763 8307
Jalan Seremban – Kuala Pilah, 70400 Ampangan, Negeri Sembilan
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Perdagangan
Open
 Sekolah Menengah Teknik Melaka (SMTM)06 282 2936
Bukit Piatu, 75150 Melaka
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Perdagangan
Sains Pertanian
 Sekolah Menengah Teknik Kuantan (SMT Kuantan)09 560 1442
Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan, Pahang
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Perdagangan
Open
 Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMT KL)03 9131 8052
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Perdagangan
 Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu (SMTT)09 667 0012
Jalan Lapangan Terbang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Perdagangan
Open
 Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra (SMT TAR Putra)04 828 3966
Jalan Ibbetson, 11400 Jelutong, Pulau Pinang
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Perdagangan
 Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (SMT Alor Setar)04 772 1548
Lebuhraya Sultan Abdul Halim, 05400 Alor Star, Kedah
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Perdagangan
Sains Pertanian
Open
 Sekolah Menengah Teknik Sejingkat (SMT Sejingkat)082 432 057
Lorong Demak Indah 5A1 Jalan Bako 93050 Kuching, Sarawak
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Open