Senarai bazaar Ramadan tumpuan dan menarik Kelantan 2023

Apakah yang sering mengujakan anda ketika tibanya bulan Ramadhan? Adakah hakikat bahawa ketibaan bulan Ramadhan menandakan Hari Raya Aidilfitri juga sudah dekat? Adakah kerana pada bulan Ramadhan banyak bazar yang dibuka jadi banyak juadah berbuka puasa yang dapat dinikmati? Atau mungkin semudah bersyukur kerana berpeluang untuk beribadah sekali lagi di bulan yang mulia ini?

Bertemu dengan bulan Ramadhan sekali lagi adalah antara nikmat yang sering kita terlepas pandang. Ia menandakan kita dipanjangkan umur dan sekali lagi diberi peluang untuk memohon ampun atas segala dosa yang kita lakukan selama ini. Di samping itu waktu berbuka puasa juga adalah antara waktu paling nikmat yang Allah kurniakan pada orang berpuasa.

Pada tarikh 23 Mac 2023, kita akan menyambut 1 Ramadhan 1444 Hijrah yang jatuh pada hari Khamis. Dengan itu, para peniaga pasti sudah bersedia menanti pengunjung dengan pelbagai jenis juadah di bazar Ramadhan.  Para pengunjung pula pasti sudah merancang untuk membeli pelbagai jenis juadah sebagai persediaan untuk berbuka puasa.

Kebiasaannya, rakyat Malaysia di seluruh negara akan berkunjung ke bazar terdekat atau bazar tumpuan termasuklah rakyat di negeri Kelantan. Ia sebagai usaha untuk memperoleh juadah yang dapat memberi kepuasan saat terdengar laungan azan maghrib nanti.

Senarai Lokasi Bazar Ramadhan Kelantan 2023 (Lokasi Beli Juadah Berbuka Puasa)

Dengan itu, sebelum waktu berbuka tiba, adalah dinasihatkan agar anda bijak mengatur perancangan supaya perjalanan anda untuk berbelanja di bazar Ramadhan lebih mudah. Di sini GCarian kongsikan Senarai Bazar Ramadhan di serata Negeri Kelantan termasuk lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2020 sebagai rujukan. Senarai bagi tahun 2023 akan dikemaskini:

Senarai Bazar Ramadhan Kelantan 2020

Simboldigunakan bagi bazar yang menjadi tumpuan ramai.

Bazar Ramadhan Kelantan
NOLOKASI
1Bazar Stadium Sultan Muhamad Ke-4 Kota Bharu*
2Bazar Wakaf Bharu
3Bazar Pengkalan Chepa
4Bazar Tesco
5Bazar Kubang Kerian
6Bazar KB Cyber Plaza
7Bazar Ketereh
8Bazar Kok Lanas
9Bazar Machang
10Bazar Pasir Mas

Takwim Buka Puasa Dan Imsak Serta Promosi Buffet Ramadhan