Kadar jumlah kenaikan satu gaji tahunan penjawat awam kerajaan 1 Julai 2018

Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) yang berlangsung pada 4 April 2018 menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam yang akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018.

Pemberian kenaikan gaji itu adalah sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan. Justeru, penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018.

Selain itu, perdana menteri juga mengumumkan kerajaan akan mewujudkan lapisan kenaikan pangkat Gred 56 bagi Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khusus bagi pegawai yang berada lebih lima tahun pada DG54. Berkuat kuasa 1 Jan tahun depan (2019), ia memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323 pegawai.

Ketika ini gred bagi pegawai pendidikan bermula daripada DG41 sampai DG54, sebelum ke JUSA C, jadi bagi mereka yang tidak sampai ke JUSA C itu, boleh pergi ke DG56.

Berikut adalah lampiran bagi ringkasan intipati mengenai sembilan khabar gembira buat penjawat awam dan pesara kerajaan di seluruh negara sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI).

Kadar Kenaikan Satu Gaji Tahunan Kakitangan Awam 2018 Berkuatkuasa 1 Julai 2018

Berikut adalah anggaran jumlah satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) khas kepada semua penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai 2018.

Anggaran Jumlah Satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Penjawat Awam

GRED 11GRED 14GRED 16
RM80
RM90
RM95
GRED 19GRED 22GRED 24
RM100
RM115
RM120
GRED 26GRED 28GRED 29
RM125
RM130
RM145
GRED 32GRED 36GRED 38
RM155
RM180
RM195
GRED 40GRED 41GRED 44
RM225
RM225
RM250
GRED 48GRED 52GRED 54
RM270
RM290
RM320