Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 (BSH) Online
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Umum sedia maklum bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diberi nama baru iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Seiring dengan janji sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, bantuan kewangan ini dijangka bakal diteruskan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2019. Bantuan kewangan yang mula diperkenalkan pada 2012 ini adalah khusus kepada golongan B40, iaitu individu atau keluarga berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban kewangan mereka setelah beberapa subsidi bahan harian dimansuhkan oleh kerajaan.
Menurut bekas perdana menteri Malaysia, pemberian BSH merupakan saranan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menukar mekanisme pemberian subsidi secara pukal kepada subsidi bersasar yang dapat mengurangkan ketirisan. Kini setelah 6 tahun diperkenalkan, BSH sudah menjadi kelaziman buat rakyat Malaysia kerana dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup mereka.
Terkini seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2019, terdapat tiga kategori penerima BSH iaitu kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah diberikan sebanyak RM1,000, kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 diberikan sebanyak RM750, dan kategori isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 diberikan sebanyak RM500. BSH diberikan dalam bentuk kredit ke akaun bank penerima dan juga secara baucar yang akan diberikan kepada penerima secara berperingkat.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP 2020 SECARA ONLINE DAN BORANG MANUAL
| |
| Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020 ini telah dikemaskini berdasarkan maklumat BSH 2019. Kemaskini akan dibuat sebaik sahaja diumumkan oleh pihak kerajaan. |
Penerima yang telah menerima bantuan pada tahun-tahun sebelum ini perlulah melakukan pengemaskinian terhadap maklumat anda bagi memastikan diri untuk terus menerima bantuan pada tahun 2020. Ikuti panduan kemaskini BSH yang disediakan GCarian di bawah:
![]() |
| BILAKAH PERLU KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP 2019? |
| |
| KEPENTINGAN KEMASKINI MAKLUMAT |
| Untuk memastikan bantuan dapat diberikan kepada yang memerlukan kerana terdapat beberapa perubahan dan tambahan syarat kelayakan BSH seperti kadar tambahan jumlah bantuan kepada anak |
| Untuk mengelakkan daripada permohonan lambat atau tidak diproses akibat daripada maklumat seperti alamat, nombor IC / Mykad dan akaun bank yang diberikan tidak tepat dan terkini |
| Pengemaskinian maklumat waris supaya jika berlakunya kematian penerima sedia ada, pembayaran Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki BSH dapat dilaksanakan dengan mudah |
| MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| TARIKH RASMI KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP 2020 | ||
| Buka | Tutup | |
| | | |
| CARA KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP 2019 | |
| Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan dua kaedah bagi tujuan pengemaskinian BSH pada tahun lepas. Sila pilih satu sahaja kaedah pengemaskinian sama ada secara dalam talian (online) atau borang manual supaya tidak berlaku duplikasi atau pentindihan maklumat. | |
| Sila klik pada judul pautan di bawah bagi membuat pengemaskinian maklumat terkini BSH 2019 melalui Portal Rasmi MyBSH. Bagi tahun 2020 akan dikemaskini sebaik diumumkan. | |
| KEMASKINI MyBSH SECARA ONLINE | |
Panduan Lengkap Pengguna | Cara Membuat Pengemaskinian Maklumat BSH 2019 Secara Online | |
Panduan Permohonan Nombor TAC | |
| Borang manual kemaskini maklumat BSH boleh didapatkan percuma di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi BSH Hasil setelah pengumuman rasmi diumumkan | |
| BORANG KEMASKINI BSH 2019 SECARA MANUAL
| |
| Berikut adalah jadual pembukaan kaunter bagi urusan pengambilan dan penyerahan borang manual serta borang kemaskini maklumat waris | |
Jadual Pembukaan Kaunter BSH LHDN Seluruh Negeri | |
Borang Kemaskini Maklumat Waris |
| MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN |
| Maklumat lanjut berkeanaan Bantuan Sara Hidup Rakyat boleh didapati di pautan FAQ di bawah atau hubungi: |
FAQ Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 |
FAQ Kemaskini Permohonan BSH 2019 |
Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. |
Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi - 5:00 petang) |
Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566 |
E-mel Rasmi: [email protected] |
Portal Rasmi: https://bsh.hasil.gov.my |
INFO BERKAITAN |
Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 (BSH) Pendaftaran Online Pemohon Baru |


Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
INFO BERKAITAN
