Jadual waktu tarikh peperiksaan PT3 2020 terkini Pentaksiran Tingkatan 3

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) akan menerbitkan perincian jadual waktu peperiksaan dan jadual kerja Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020. LPKPM merupakan jabatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab untuk mengendalikan, menguruskan serta memastikan peraturan peperiksaan dikuatkuasakan. Antara peperiksaan seliaan LPKPM adalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jabatan ini perlu memastikan peperiksaan dijalankan berdasarkan standard yang telah ditetapkan oleh KPM.

Pt3 merupakan peperiksaan untuk pelajar tingkatan 3. Dahulunya ia dinamakan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ia telah mula diguna pakai sejak tahun 2014 dengan format yang baharu diperkenalkan. Pt3 telah diperkemaskan formatnya dari tahun ke tahun bagi memastikan ie menepati standard. Keputusan Pt3 boleh digunakan untuk menentukan aliran yang sesuai dengan pelajar untuk kemasukan ke tingkatan 4. Melalui Pt3 guru dan ibu bapa boleh mengesan minat anak masing-masing sama ada ingin mengikuti aliran sains, sastera, teknikal dan lain-lain.

Jadual waktu peperiksaan berkenaan adalah untuk Calon Biasa, calon CBK A dan Calon CBK B. Jadual berkenaan dapat membantu calon-calon yang terbabit bagi membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan PT3 tahun 2020 pada tarikh yang telah dijadual berlangsung. Pelajar boleh mendapatkan jadual melalui sekolah masing-masing atau boleh muat turun di laman sesawang rasmi LPKPM. Dinasihatkan untuk pelajar membuat semakan jadual waktu pt3 serta memahami peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mencegah penularan wabak Covid-19 telah mengumumkan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 2020 dibatalkan. Segala maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Jadual Waktu Peperiksaan PT3 2020 Pentaksiran Tingkatan 3

Calon-calon yang berkenaan boleh mendapatkan jadual waktu peperiksaan dan jadual kerja Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020 di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk kepada ruangan butiran maklumat di bawah.

Jadual Waktu Peperiksaan PT3 Tahun 2020

Calon-calon yang mahu mendapatkan jadual waktu peperiksaan dan jadual kerja Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020, boleh melayari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan klik pada judul pautan di bawah.

Jadual Waktu Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2020

Jadual Kerja Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2020

Takwim Tarikh Peperiksaan PT3 Tahun 2020 Bermula

PeperiksaanJenisTarikh
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2020Bertulis28 September – 6 Oktober 2020
LisanBertutur (BI, BM, LAM (KBD))
17 Ogos – 11 September 2020
Mendengar
BM | 21 September 2020
BI | 22 September 2020
LAM (KBD) | 23 September 2020
Tilawah & Hafazan (KBT)
7 – 18 September 2020
Instrumen PelbagaiGeografi |
Sejarah |

Jadual Waktu Peperiksaan PT3 Tahun 2020

Ujian Bertutur, Hafazan Dan Mendengar

UJIAN BERTULIS