Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ditubuhkan bagi memberi latihan amali serta praktikal kepada belia-belia warganegara yang berminat untuk melatih mereka mempersiapkan diri untuk terus diserap masuk ke kerjaya yang terpilih setelah tamat belajar. Ini adalah satu peluang untuk belia-belia Malaysia untuk mengisi kekosongan ini.
Di bawah kelolaan ILKBS, terdapat tiga institut iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (IKBG). Institut ini dibina diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi merialisasikan objektif ILKBS. Idea ini disambut baik oleh rakyat Malaysia. Permohonan ke ILKBS telah mendapat sambutan hangat.
Konsep latihan yang diterapkan di ILKBS adalah bersifat bersepadu di mana pelaksanaannya adalah meliputi latihan kemahiran dari segi teori dan amali. Pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai ILKBS adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri.
PERMOHONAN ILKBS AMBILAN 2023 ONLINE KEMASUKAN KE IKBN, IKTBN DAN AKBG
Bagi memudahkan rakyat Malaysia membuat permohonan, berikut dikongsikan tarikh membuat permohonan, cara membuat permohonan dan lain-lain info yang penting untuk dikongsikan:
TARIKH PERMOHONAN ILKBS SESI 1 2023
TARIKH BUKA : 18 November 2022
TARIKH TUTUP : 18 Disember 2022
TARIKH PENTING KEMASUKAN KE ILKBS Sesi 1 2023
Tarikh | Perkara |
18 Nov 2022 hingga 18 Dis 2022 | Permohon yang berminat boleh mendaftar. Pendaftaran dibuka |
20 – 23 Dis 2022 | Panggilan untuk temuduga bagi program yang mempunyai temuduga sahaja (Lepasan SKM/ ST/ DKM) |
7 Jan 2023 | Semakan untuk kemasukan ke ILKBS sesi 1 2023 |
7 Jan 2023 hingga 20 Jan 2023 | Permohon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan atau tolak tawaran |
– | Pemohon yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan |
– | Semakan keputusan rayuan |
6 Feb 2023 | Pendaftaran ke ILKBS sesi 1 2023 |
Tarikh yang dikemaskini adalah rasmi seperti yang telah diumumkan
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE ILKBS
Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan sesi 1 2023:
PERMOHONAN ONLINE
Berikut merupakan pautan untuk manual pengguna. Sila layari pauatan berikut:
Panduan Permohonan Kemasukan Dan Cara Penggunaan sistem eKampus
Pemohon untuk sesi Januari tidak perlu membayar untuk nombor pin dan boleh membuat permohonan secara atas talian.
Untuk pengguna baharu, anda perlu mendaftar sebagai pengguna baharu untuk membolehkan anda mengakses borang permohonan sepenuhnya
TARIKH PERMOHONAN ILKBS SESI 2 2023
TARIKH BUKA : 15 Mei 2023
TARIKH TUTUP : 13 Jun 2023
TARIKH PENTING KEMASUKAN KE ILKBS JULAI
Tarikh | Perkara |
15 Mei 2023 | Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup pada tarikh ini. Pemohon lepasan SPM 2020-2022 adalah melalui UPUonline. Permohonan dari calon SPM 2019 dan kebawah adalah melalui borang manual di mana-mana ILKBS yang berdekatan |
![]() | Permohonan UPU skills dibuka. Terbuka kepada lepasan Sijil SKM/ SKT atau Diploma Kemahiran Malaysia untuk sambung tahap |
14 – 20 Jun 2023 | Semakan Panggilan temuduga program lepasan SKM/ ST/ DKM. Sila layari pautan berikut untuk membuat semakan: https://ekampus.kbs.gov.my/site/login |
8 Julai 2023 | Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi Julai bagi lepasan SPM dan diikuti dengan lepasan SKM/ST. Keputusan tawaran ada di https://ekampus.kbs.gov.my/site/login |
8 – 16 Julai 2023 | Bagi pemohon yang berjaya sila buat pengesahan terima atau tolak tawaran |
![]() | Permohonan rayuan dibuka. Hanya terbuka kepada pemohon yang tidak mendapat tawaran sahaja |
![]() | Semakan keputusan rayuan |
14 Ogos 2023 | Pendaftaran untuk kemasukan Julai ke ILKBS |
Sebarang perubahan tarikh tertakluk kepada pindaan. Sekiranya berlaku sebarang perubahan akan dikemas kini
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE ILKBS
Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan ke ILKBS sesi 2 2023:
PERMOHONAN ONLINE
Permohonan secara manual oleh pemegang SPM bukan tahun semasa (kategori B) boleh dibuat dengan pergi ke ILKBS yang berdekatan
Permohonan kemasukan kemasukan ke ILKBS adalah melalui UPU online
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN ILKBS
Berikut merupakan syarat kelayakan memohon ILKBS. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Umur di antara 18-30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurang kurangnya tingkatan 5
- Pemohon tiada masalah kesihatan, sihat tubuh badan dan berupaya melakukan aktiviti dalam program
- Pemohon boleh membaca dan menulis
- Belum berkahwin
- Tiada rekod jenayah dan bebas dadah
- Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam / Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
- Sanggup menjalani program sehingga tamat dan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan
- Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
- Pemohon yang gagal tamatkan latihan atau tersingkir dari mana-mana institut latihan lain tidak dibenarkan membuat permohonan
BIDANG UTAMA DI IKBN
Berikut adalah bidang yang ditawarkan di IKBN:
Teknologi Tekstil | Teknologi Pertanian |
Teknologi Elektronik | Teknologi Sukan |
Teknologi Elektrik | Teknologi Personal |
Teknologi Awam | Teknologi Maklumat |
Teknologi Automotif | Teknologi Fotografi |
Teknologi Mekanikal | Teknologi Hospitaliti |
Teknologi Marin |
Semakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat Dan Senarai Institut Lepasan SPM
Semakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat Dan Senarai Institut Lepasan SPM
PERINGKAT PROGRAM
Berikut merupakan program yang disediakan di IKBN:
- Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) tahap 1 hingga 5
- Persijilan JKKP
- Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
- Diploma MQA
PERTANYAAN
Sebarang persoalan mengenai pendaftaran ke ILKBS boleh dibuat dengan cara berikut:
- Untuk sebarang persoalan boleh hubungi nombor ini: 03 8871 3685 / 03 8871 3646 / 03 8871 3690