Permohonan ILJTM 2024 online kemasukan ILP ADTEC JMTI

Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan demi memberi latihan pra-pekerjaan kepada rakyat Malaysia bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor dalam negara ini. Dengan pembangunan dan kejayaan ekonomi yang kita cipta ini, permintaan terhadap pekerja-pekerja mahir semakin meningkat.

ILJTM terdiri daripada 22 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat buah pusat latihan teknologi tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). Pelbagai program disediakan bermula dari peringkat sijil hingga ke ijazah bergantung kepada pusat latihan.

Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke ILJTM yang dibuka dalam dua sesi pengambilan iaitu sesi Januari dan sesi Ogos setiap tahun.

Permohonan Online ILJTM Sesi Januari & Ogos 2024 Kemasukan Ke ILP ADTEC JMTI

Berikut merupakan maklumat berkaitan cara-cara membuat permohonan kemasukan serta info-info yang berkaitan dengan ILJTM termasuk tarikh penting permohonan dan semakan:


Tarikh penting di atas boleh berubah mengikut ketetapan pihak atasan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan

Tarikh Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Sesi 1 2024

Dibuka : 25 Oktober 2023

Ditutup : 24 November 2023

Cara Membuat Permohonan Ke ILJTM

Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan ke ILJTM  sesi 1 2024:

PERMOHONAN ONLINE SESI 1 2023

Sistem hanya akan dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Tarikh Penting Kemasukan Ke ILJTM Sesi 1 2024

TarikhPerkara
25 Oktober hingga 24 November 2023Sistem permohonan ke ILJTM dibuka dan ditutup pada tarikh ini.
30 November hingga 4 Disember 2023/ 5 – 6 Disember 2023Semakan Temuduga Dan Temuduga bermula untuk program yang memerlukan temuduga
20 Disember 2023Semakan keputusan kemasukan ke ILJTM sesi Januari
20 Disember 2023 hingga 3 JanuariPemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau menolak
Bagi pemohon yang tidak berjaya sila buat rayuan kemasukan
Semakan keputusan rayuan kemasukan ke ILJTM
29 Januari 2024Pendaftaran untuk kemasukan ke ILJTM

Tarikh penting di atas boleh berubah mengikut ketetapan pihak atasan. Tarikh RASMI dan sebarang perubahan pada tarikh akan dikongsikan dari masa kesemasa

Tarikh Permohonan ILJTM Sesi 2/2024

Dibuka : 4 Mac 2024

Ditutup : 14 Mei 2024

Cara Membuat Permohonan Ke ILJTM 

Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan sesi 2/2024:

PERMOHONAN ONLINE SESI 2/2023

Sistem hanya akan dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Tarikh Penting Kemasukan Ke ILJTM Sesi 2/2024

TarikhPerkara
4 Mac 2024 hingga 14 Mei 2024Sistem permohonan ke ILJTM dibuka dan ditutup pada tarikh ini. Permohonan adalah melalui UPU online
15 Mei 2024Semakan Panggilan Temuduga (bagi kursus bertanda #)
20 – 24 Mei 2024Temuduga bermula untuk program yang memerlukan temuduga
26 Jun 2024Semakan keputusan kemasukan ke ILJTM sesi 2/2023
26 Jun – 5 Julai 2024Cetakan Surat Tawaran
5 Julai 2024Pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau menolak (tarikh akhir)
Bagi pemohon yang tidak berjaya sila buat rayuan kemasukan (bergantung pada kekosongan tempat)
26 Jun 2024Semakan surat tawaran
22 Julai 2024Pendaftaran untuk kemasukan Julai ke ILJTM

 

PERMOHONAN MELALUI UPUONLINE

Sila layari pautan di atas untuk membuat permohonan kemasukan sesi Julai sahaja. Sistem hanya di buka mengikut tarikh yang ditetapkan.

Untuk permohonan melalui UPUskill sila layari pautan berikut:

https://online.moe.gov.my/upu/skills/

Untuk pengambilan pelajar baharu sesi Ogos ke ILJTM bagi calon CBBPDBKP penjawat awam tajaan JPA sila layari pautan berikut:

Calon CBBPDBKP

Permohonan khas kemasukan ke ADTEC Shah Alam untuk kursus pra-diploma & diploma teknologi kejuruteraanpenyelenggaraan kapal terbang dan kursus-kursus lain boleh dibuat dengan melayari pautan berikut:

ADTEC Shah Alam