Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan demi memberi latihan pra-pekerjaan kepada rakyat Malaysia bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor dalam negara ini. Dengan pembangunan dan kejayaan ekonomi yang kita cipta ini, permintaan terhadap pekerja-pekerja mahir semakin meningkat.
ILJTM terdiri daripada 22 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat buah pusat latihan teknologi tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). Pelbagai program disediakan bermula dari peringkat sijil hingga ke ijazah bergantung kepada pusat latihan.
Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke ILJTM yang dibuka dalam dua sesi pengambilan iaitu sesi Januari dan sesi Julai setiap tahun.
Permohonan Online ILJTM Sesi Januari & Julai 2025 Kemasukan Ke ILP ADTEC JMTI
Berikut merupakan maklumat berkaitan cara-cara membuat permohonan kemasukan serta info-info yang berkaitan dengan ILJTM termasuk tarikh penting permohonan dan semakan:
Tarikh penting di atas boleh berubah mengikut ketetapan pihak atasan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan
Tarikh Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Sesi 1 2025
Dibuka : 1 Oktober 2024
Ditutup : 15 November 2024
Cara Membuat Permohonan Ke ILJTM
Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan ke ILJTM sesi 1 2025:
PERMOHONAN ONLINE SESI 1 2025
Sistem hanya akan dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Tarikh Penting Kemasukan Ke ILJTM Sesi 1 2025
Tarikh | Perkara |
1 Oktober hingga 15 November 2024 | Sistem permohonan ke ILJTM dibuka dan ditutup pada tarikh ini. |
11 hingga 15 November 2024 | Semakan Temuduga Dan Temuduga bermula untuk program yang memerlukan temuduga |
25 November 2024 | Semakan keputusan kemasukan ke ILJTM sesi Januari |
25 November hingga 8 Disember 2024 | Pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau menolak |
9 Disember 2024 hingga 17 Januari 2025 | Bagi pemohon yang tidak berjaya sila buat rayuan kemasukan |
![]() | Semakan keputusan rayuan kemasukan ke ILJTM |
![]() | Pendaftaran untuk kemasukan ke ILJTM |
Tarikh penting di atas boleh berubah mengikut ketetapan pihak atasan. Tarikh RASMI dan sebarang perubahan pada tarikh akan dikongsikan dari masa kesemasa
Tarikh Permohonan ILJTM Sesi 2/2025
Dibuka : 14 April 2025
Ditutup : 30 Mei 2025 (kursus bertemuduga) 15 Jun 2025 (kursus tanpa temuduga)
Cara Membuat Permohonan Ke ILJTM
Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan sesi 2/2025:
PERMOHONAN ONLINE SESI 2/2025
PERMOHONAN MELALUI UPUTVET
Sistem hanya akan dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Tarikh Penting Kemasukan Ke ILJTM Sesi 2/2025
Tarikh | Perkara |
14 April – 30 Mei/ 15 Jun 2025 | Sistem permohonan ke ILJTM dibuka dan ditutup pada tarikh ini. |
– | Semakan Panggilan Temuduga (bagi kursus bertanda #) |
2 – 13 Jun 2025 | Temuduga bermula untuk program yang memerlukan temuduga |
11 Jun 2025 | Semakan keputusan kemasukan ke ILJTM sesi 2/2025 |
13 – 22 Jun 2025 | Cetakan Surat Tawaran |
22 Jun 2025 | Pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau menolak (tarikh akhir) |
– | Bagi pemohon yang tidak berjaya sila buat rayuan kemasukan (bergantung pada kekosongan tempat) |
– | Semakan surat tawaran |
Julai 2025 | Pendaftaran untuk kemasukan Julai ke ILJTM |
Sila layari pautan di atas untuk membuat permohonan kemasukan sesi Julai sahaja.
Untuk permohonan melalui UPUskill sila layari pautan berikut:
https://online.moe.gov.my/upu/skills/
Untuk pengambilan pelajar baharu sesi Ogos ke ILJTM bagi calon CBBPDBKP penjawat awam tajaan JPA sila layari pautan berikut:
Permohonan khas kemasukan ke ADTEC Shah Alam untuk kursus pra-diploma & diploma teknologi kejuruteraanpenyelenggaraan kapal terbang dan kursus-kursus lain boleh dibuat dengan melayari pautan berikut: