Kadar Dividen dan Bonus LTAT 2023 Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan bagi mewujudkan faedah persaraan dan lain-lain faedah kepada anggota lain-lain pangkat dan satu skim simpanan kepada pegawai -pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga anggota kerahan dalam pasukan sukarela. Objektif lain bagi LTAT adalah melaksanakan program-program latihan peralihan bagi anggota angkatan tentera yang akan atau telah bersara.

Setiap tahun LTAT akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada ahli yang membuat caruman dengan LTAT. Kebiasaannya pengumuman akan dilakukan oleh Menteri Pertahanan dalam satu sidang media. Tahun lepas, LTAT mengumumkan bayaran dividen sebanyak 4.1% dan tiada bonus untuk tahun kewangan 2021. Kadar dividen adalah berdasarkan peningkatan pendapatan bersih LTAT.

Untuk membuat semakan, pencarum boleh berbuat demikian dengan membuat semakan secara atas talian melalui sistem i-Wira. Bermula 9 April 2021, sebuah aplikasi yang dinamakan MyWira disediakan untuk semakan penyata caruman LTAT tahun semasa atau tahun sebelum, menyemak maklumat waris, semakan dana unit amanah affin hwang dan membuat aduan atau pertanyaan.

Kadar Dividen Dan Bonus Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tahun 2023

Berikut merupakan kadar dividen dan bonus yang akan diumumkan LTAT untuk tahun 2023. Turut dikongsikan kadar dividen/ bonus tahun-tahun sebelumnya serta kebaikan membuat caruman dengan LTAT dan beberapa info penting berkaitan:

Tarikh Pengumuman Dividen Dan Bonus LTAT Tahun 2023

TARIKH : 4 April 2024
JAM : 12 Tengah hari

Rekod Kadar Dividen Dan Bonus LTAT (%) Tahun 2000 – 2023

TahunDividenBonus
20235.000.00
20225.00 0.00
20214.100.00
20203.50 0.00
20192.500.00
20182.00 0.00
20176.006.50
20166.006.00
20156.006.00
20147.008.00
20137.009.00
20127.009.00
20117.008.00
20107.007.00
20097.007.00
20087.009.00
20077.009.00
20067.008.00
20057.008.75
20047.008.75
20037.003.75
20027.003.00
20017.003.00
20007.006.00

Cara Pembayaran Balik Caruman LTAT

AFFIN BANK Berhad
Public Bank
CIMB Bank
RHB Bank
Maybank
Bank Rakyat
Bank Islam Malaysia Bhd
Bank Simpanan Nasional
Alliance Bank
Bank Muamalat
AmBank
ASBC
EON Bank
Standard Chartered
Hong Leong Bank

Faedah Menjadi Pencarum

  • Menerima dividen dan bonus tahunan yang akan dikreditkan ke akaun pencarum dan akan menerima bonus khas dalam bentuk unit amanah bergantung kepada prestasi kewangan LTAT
  • Dividen dan bonus dikompaunkan menjadi jumlah caruman pencarum untuk menjadi jumlah caruman terkumpul
  • Pencarum tidak dikenakan cukai pendapatan
  • Waris pencarum akan menerima khairat kematian bagi pencarum yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan
  • Pencarum yang diberhentikan dari perkhidmatan kerana kecacatan tubuh atau akal fikiran yang berkekalan akan mendapat faedah hilang upaya
  • Pengeluaran caruman dilakukan sekali gus
  • Pengeluaran sebahagian caruman untuk menampung kos pembelian rumah atau tanah kediaman pertama

Info Berkaitan

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di alamat dan pautan di bawah

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang,
Peti Surat 11542,
50748 KUALA LUMPUR

Tel: (60) 3-2148 9777