Senarai bazaar Ramadan tumpuan dan menarik Kuala Lumpur 2023

Dalam rukun Islam sudah jelas tertera bahawa setiap muslim diwajibkan untuk menjalankan ibadah puasa. Dan apa lagi yang sinonim dengan bulan puasa kalau bukan bazar Ramadhan? Bulan puasa bagi tahun ini, 1 Ramadhan 1444 Hijrah akan bermula pada 23 Mac iaitu pada hari Khamis. Sepanjang bulan, umat Islam akan menahan lapar dan dahaga serta menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa.

Menjelang bulan Ramadhan kali ini menandakan bermulanya tahun baru kita dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia. Ini kerana bulan Ramadhan adalah antara bulan yang paling mulia dan terbaik bagi kita semua untuk memperbanyakkan amalan dan merebut pahala. Dan bukan semua orang diberi kesempatan untuk mengetuk pintu Ramadhan setiap tahun.

Bagi yang sudah mempunyai bekalan makanan di rumah dan merancang untuk berbuka dengan menghidang masakan sendiri, barangkali  anda tidak akan mengalami sebarang masalah. Namun bagi mereka yang tidak sempat menyediakan makanan sendiri, bolehlah kunjungi ke bazaar ramadhan berhampiran bagi membeli juadah untuk berbuka.

Sekiranya anda tinggal di Kuala Lumpur atau ingin berkunjung ke Kuala Lumpur, anda tidak perlu risau tentang juadah berbuka. Dengan kewujudan bazar yang banyak di serata Kuala Lumpur, anda akan menjadi rambang mata dan ditemukan dengan pelbagai jenis pilihan. Dan bagi kebanyakan hari, bazar-bazar pasti akan dibanjiri pengunjung terutama pada waktu petang ketika menjelang saat berbuka.

Senarai Lokasi Bazar Ramadhan Kuala Lumpur 2023

Oleh itu, di bandar metropolitan yang sering mengalami kesesakan ini, adalah dinasihatkan untuk anda merancang perjalanan terlebih dahulu sebelum berangkat untuk berbelanja di bazar Ramadhan. Maka, berikut GCarian kongsikan Senarai Bazar Ramadhan di serata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beserta lokasi-lokasinya bagi tahun 2020 untuk anda merancang perjalanan dengan lebih cermat. Senarai bagi tahun 2023 akan dikemaskini:

Senarai Bazar Ramadhan Kuala Lumpur 2023

  1. Pasar Datuk Keramat
  2. Jalan Chow Kit
  3. Taman Keramat (Aeon AU2)
  4. Bukit Bintang
  5. Taman Keramat Permai
  6. Setapak Jaya
  7. Danau Kota
  8. Jalan Radin, Bandar Baru Sri Petaling
  9. PPR Kampung Muhibbah
  10. Jalan Cochrane
  11. Flat Kampung Kerinchi
  12. Bangsar
  13. Taman Tun Dr. Ismail
  14. Kampung Bharu

Senarai Bazar Ramadhan Kuala Lumpur 2020

Simbol * digunakan bagi bazar yang menjadi tumpuan ramai
Bazar Ramadhan Wangsa Maju
NOLOKASI
1Tapak Pasar Malam Taman Melati
2Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
3Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
4Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
5Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
6Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
7Jalan Langkawi, Teratai Mewah
8Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
9Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
10Kaki lima Plaza Idaman
Bazar Ramadhan Titiwangsa
NOLOKASI
1Siarkaki Leboh Pudu
2Lorong Berangan
3No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman -Kawasan tempat letak kereta persendirian* 
4Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
5Jln Hj Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
6Pasar Datuk Keramat
7Bukit Bintang* 
8Jalan Masjid India* 
9Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
10Taman Keramat (AEON AU2)
11Jalan Haji Taib
12Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang (Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang)
13Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jln Hj Taib/ Tuanku Abdul Rahman- Chow Kit)
Bazar Ramadhan Tun Razak
NOLOKASI
1Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu
2Jalan Budiman 25, Taman Mulia
3Taman Len Sen
4Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
5Parking Bersebelahan LRT Cheras* 
6Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
7Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
8Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak
9Jalan Benteng (Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
10Taman Segar
11Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
12Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
13Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
14Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
Bazar Ramadhan Kepong/Seputeh
NOLOKASI
1Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
2Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong
3Jalan 3/109C off Jalan Klang Lama
4Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
Bazar Ramadhan Lembah Pantai/Segambut
NOLOKASI
1Jln Cochrane
2Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat
3Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
4Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
5Jalan Sri Jati 3
6Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
Bazar Ramadhan Setiawangsa/Setapak
NOLOKASI
1Jalan Wangsa Delima
2Di kawasan tanah kosong di hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak
3Danau Kota (Uptown Danau Kota)
4Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
5Jalan Wangsa Melawati 3
6Taman Keramat Permai (Setiawangsa)
7Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
8Setapak Jaya
Bazar Ramadhan Lain-lain (Sekitar KL)
NOLOKASI
1Bazar Ramadhan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)* 
2Bazar Ramadhan Bangsar* 
3Bazar Ramadhan Kg. Baru* 

Takwim Buka Puasa Dan Imsak Serta Promosi Buffet Ramadhan