Tibanya 23 Mac 2023 menandakan ketibaan hari pertama Ramadhan bagi tahun 1444 Hijrah. Ia merupakan pembukaan untuk bulan yang mulia yang mana sekali lagi kita diberikan kesempatan untuk bertemu dengannya. Peluang yang diberikan ini haruslah kita gunakan sebaiknya untuk memperbanyakkan amalan dan meningkatkan ketaqwaan kerana bukan dalam kekuasaan kita untuk menentukan kiranya Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir buat kita atau sebaliknya.
Selain mendapat pahala berganda melalui ibadah seperti solat Tarawih dan bertadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan, nikmat lain yang Allah kurniakan adalah nikmat berbuka puasa. Ia merupakan nikmat yang memberi kepuasan setelah seharian menahan lapar dan dahaga. Saat waktu buka puasa tiba menandakan bahawa kita bebas daripada segala perkara yang membatalkan puasa termasuklah makan dan minum.
Sepanjang bulan Ramadhan di Malaysia, terdapat pelbagai cara untuk meraikan ketibaan waktu berbuka. Antaranya adalah dengan membeli juadah berbuka di bazar-bazar Ramadhan. Berkunjung ke Bazar Ramadhan merupakan antara aktiviti yang paling sering dilakukan terutamanya bagi golongan yang tidak berkesempatan atau memilih untuk tidak memasak di rumah sebagai persediaan untuk berbuka puasa.
Bukan itu sahaja, kewujudan bazar-bazar Ramadhan juga membuka peluang untuk warganegara Malaysia mendapatkan juadah yang terdiri daripada pelbagai jenis pilihan. Dan sebahagian juadah itu hanya dapat diperoleh sewaktu bulan Ramadhan yang membuatkannya lebih istimewa. Oleh yang demikian, sejumlah besar tapak bazar Ramadhan telah didirikan di serata negeri bagi memudahkan masyarakat setempat untuk berkunjung termasuklah di Negeri Sembilan.
Senarai Lokasi Bazar Ramadhan Negeri Sembilan 2023 (Lokasi Beli Juadah Berbuka Puasa)
Buat para pengunjung yang berminat untuk singgah di bazar Ramadhan, adalah dinasihatkan untuk anda merancang perjalanan terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. Berikut merupakan senarai bazar Ramadhan di sekitar Negeri Sembilan beserta lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2023:
Senarai Bazar Ramadhan Negeri Sembilan
Simbol * digunakan bagi bazar yang menjadi tumpuan ramai
Bazar Ramadhan Negeri Sembilan | |
NO | LOKASI |
1 | Stadium Paroi* |
2 | Taman Desa Dahlia |
3 | Taman Matahari Height |
4 | Pekan Senawang Jaya |
5 | Gembox, Nilai |
6 | Mydin Senawang |
7 | Bandar Seremban Selatan |
8 | Pasar Malam Tuanku Jaafar |
9 | Taman Desa Rhu |
10 | Taman Ampangan |
11 | Tapak Pasar Malam Taman Semarak |
12 | Pasar Awam Taman Seremban Jaya |
13 | Taman Sri Pulai |
14 | One Avenue, S2 |
15 | Taman Gadong Jaya, Labu |
16 | Persiaran Metro Sendayan |
17 | Klinik Kesihatan Seremban |
18 | Merchant Square Sendayan |
19 | Medan Nusari, Bandar Seri Sendayan |
20 | Bandar Tasik Senangin |
21 | Taman Dusun Nyiur |
22 | Tiara Sendayan |
23 | Terminal One |
24 | Tempat Letak Kereta UTC |
25 | Kota Seriemas |
26 | Medan Perniagaan Senawang Jaya |
27 | Taman Ampuan Najihah |
28 | Persiaran Seremban 2 |
29 | Jalan BBN 1/2 Putra Point, Nilai |
30 | Jalan BBN 1/7A Putra Point, Nilai |
31 | Jalan Mahawangsa Bandar Enstek |