Waktu Operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Di Seluruh Negara Terkini

Urban Transformation Centre (UTC) atau dalam Bahasa Malaysia adalah Pusat Transformasi Bandar merupakan sebuah pusat kemudahan awam yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta di bawah satu bangunan. Ia terletak di beberapa lokasi di bandar di tempat tumpuan orang awam dan juga mudah untuk dikunjungi. Dengan wujudnya UTC ini dapat memudahkan urusan orang ramai berkaitan urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan, kerajaan negeri dan juga swasta di bawah satu bumbung.

Antara Jabatan kerajaan yang boleh didapati di UTC adalah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Tabung Haji, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Hasil dan banyak lagi. Terdapat lebih kurang 31 agensi kerajaan yang boleh didapati di UTC bergantung kepada lokasi UTC di tempat masing-masing. Terdapat juga beberapa kemudahan awam seperti kafeteria, pusat perubatan, kafe siber dan mesin ATM di cawangan-cawangan UTC.

Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan bertarikh 12 Januari 2019, UTC di seluruh negara akan dipinda waktu operasinya bermula 22 Januari 2019. Sebelum ini kerajaan menetapkan waktu operasi UTC adalah dari 8 pagi hingga 7 petang. Namun setelah penelitian dibuat berdasarkan maklum balas orang awam, kementerian telah menetapkan tujuh buah UTC yang terletak di dalam pusat membeli belah dilewatkan waktu operasinya sehingga 10 malam. Untuk 15 UTC yang lain, waktu operasi adalah dari 8 petang sehingga 5 petang setiap hari. Langkah ini diambil bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Waktu Operasi Terkini Dan Baharu UTC (Pusat Transformasi Bandar Di Seluruh Negara

Berikut dikongsikan waktu operasi bagi UTC di seluruh negara mengikut lokasi. Waktu operasi yang baharu ini berkuatkuasa bermula 22 Januari 2019 dan 4 Mac 2019 untuk Sabah dan Sarawak. UTC akan dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan hari kelepasan am:

Pertukaran Waktu Operasi UTC

Kementerian Kewangan akan melaksanakan waktu operasi baharu Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 22 Januari 2019 sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan. Waktu operasi baharu adalah berdasarkan kepada maklum balas orang ramai yang memohon supaya operasi UTC di beberapa lokasi tertentu dibuka sehingga pukul 10 malam.

  • Tiga UTC di Shah Alam, Selangor; Keramat, Kuala Lumpur dan Seremban, Negeri Sembilan akan beroperasi dari 1 tengah hari sehingga 10 malam pada Isnin hingga Khamis manakala dari 2.45 petang hingga 10 malam pada Jumaat. Pada Sabtu dan Ahad, ketiga-tiga UTC tersebut akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
  • Empat UTC iaitu Alor Setar, Kedah; Johor Bahru, Johor; Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu, waktu operasi adalah dari 1 tengah hari sehingga 10 malam pada Ahad hingga Khamis dan dari 8 pagi sehingga 5 petang pada Jumaat dan Sabtu.
  • Untuk UTC lain yang beroperasi di seluruh negara (kecuali Sabah dan Sarawak), waktu operasinya adalah dari 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Waktu Operasi UTC Seluruh Negara

LOKASI UTCWAKTU OPERASIWAKTU REHAT
Alor Setar, Kedah
Johor Bahru, Johor
Kota Bharu, Kelantan
Kuala Terengganu, Terengganu
Ahad – Khamis
1 tengahari – 10 malam
Jumaat – Sabtu
8 pagi – 5 petang
Rehat
7 malam – 8 malam
Solat Jumaat
12.15 tengahari – 2.45 petang
Shah Alam, Selangor
Keramat, Kuala Lumpur
Seremban, Negeri Sembilan
Isnin – Khamis
1 tengahari – 10 malam
Jumaat
2.45 petang – 10 malam
Sabtu – Ahad
8 pagi – 5 petang
Rehat
7 malam – 8 malam
Kangar, Perlis
Sungai Petani, Kedah
Ipoh, Perak
Pudu Sentral, Kuala Lumpur
Sentul, Kuala Lumpur
Bandaraya Melaka, Melaka
Pasir Gudang, Johor
Kuantan, Pahang
Isnin – Ahad
8 pagi – 5 petang
Solat Jumaat
12.15 t/hari – 2.45 petang
Kota Kinabalu, Sabah
Keningau, Sabah
Tawau, Sabah
Isnin – Jumaat
10 pagi – 7 petangSabtu – Ahad
8 pagi – 5 petang
Solat Jumaat
11.30 pagi – 2.00 petang
WP LabuanIsnin – Ahad
8 pagi – 5 petang
Solat Jumaat
11.30 pagi – 2.00 petang
Kuching, Sarawak
Miri, Sarawak
Sibu, Sarawak
Isnin – Jumaat
10 pagi – 7 petangSabtu – Ahad
8 pagi – 5 petang
Solat Jumaat
11.45 pagi – 2.15 petang

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan waktu operasi baharu UTC, sila layari pautan berikut: